shopping

Jalan-jalan di Kenanga Wholesale City

Photobucket Pictures, Images and Photos

Kalau dah namanya perempuan, memang tak sah kalau tak bercerita pasal gi shopping ni. Sabar jelah kaum lelaki yang punya pasangan kaki shopping :). Sebab tu saya suka keluar membeli belah dengan kawan-kawan opis. Sama kepala dan citarasa hihi. Dan boleh berjalan kaki pusing 7 tingkat tanpa penat di Kenanga Wholesale City tu biarpun berjam-jam ;).

Photobucket Pictures, Images and Photos

Saya memang tengah usha handbag. Kalau tengok kat sini macam-macam design dan color yang ada. Memang menarik dan kalau boleh nak beli semua skali ;). Tapi orang kata ukur baju di badan sendiri kan? Jadinya pilihlah yang mana termampu dengan poket sendiri.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Dari pakaian kanak-kanak hinggalah ke dewasa, baju kurung, t shirt berjenama lelaki, aksesori hiasan terkini semuanya ada di sini. Blouse pon cantik-cantik ko!! Harganya mahal kalau anda beli dengan kuantiti sedikit. Tapi sesetengah kedai menawarkan harga berpatutan biarpun beli 1 unit je. Nama pun pusat borong kan. Nak murah kenelah beli mengikut Minimum Order Quantity [MOQ] yang ditetapkan mengikut sesetengah kedai. Biasanya peniaga-peniaga akan cari barang di sini, tak kiralah peniaga di kedai atau online.

Tapi bagi mereka yang nak beli barang untuk dipakai sendiri boleh jugak, korang kene rajin survey. Barang sama dijual di beberapa kedai tapi harganya boleh dirunding mengikut budi bicara penjual. Bak kata pepatah alah membeli menang memakai. Bagi yang belum pernah ke sini, bolehla datang cuci mata, at least menambah lokasi shopping anda seterusnya 😉

Photobucket Pictures, Images and Photos

Kenanga Wholesale City
8.01, Kompleks Kenanga Wholesale City, No., Jalan Gelugor, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

P/S Setakat yang saya pergi bulan lepas, parking masih free lagi 😉

(6574)

Related Posts

5 Comments

  • Reply
    Ibu MIfzal Arsyad
    October 20, 2012 at 12:31 PM

    wah…bestnya kalau dapat shopping..heaven rs..tambah best kalu shopping x pyh fikir duit cukup ke tidak..hehe

  • Reply
    lizz
    October 20, 2012 at 2:03 PM

    hari jumaat lepas…ingat nak pegi tapi x jadi.
    lizz recently posted..Hari sabtu yang santaiMy Profile

  • Reply
    lily@mummyQistina
    October 21, 2012 at 2:54 PM

    Shopping itu terapi minda.. 😀

  • Reply
    aanie
    October 24, 2012 at 10:41 AM

    aju, beg coach tu bape hengget sebijik? nak cari henbeg gak ni..tp sling bag la….
    aanie recently posted..Bila van nescafe datang ofis……My Profile

  • Reply
    fa
    August 1, 2015 at 12:19 PM

    Harga berapa? Kalau boleh nak mintak no senang nak contact

  • Leave a Reply

    CommentLuv badge