Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa Slot Akasia TV3

22.12.2012 | 15:30

Photobucket Pictures, Images and Photos

Menyusuli drama siri CINTA ITU MILIKKU yang baru sahaja tamat pada 20.12.2012 yang lalu, saksikan pula SETIA HUJUNG NYAWA, buah tangan baru di slot Akasia karya indah arahan Emi Maziah dan nukilan skrip oleh Wan Mahani mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.

Drama bersiri 24 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Puan Haliza), Talha Harith (Hadi), Sura Sojangi (Sofea) dan Hairul Azreen (Iqram).

Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA

    Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

    Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Sinopsis selanjutnya anda boleh baca di sini ye.

2 comments


  1. kak ieda
    December 22, 2012 | 10:01 PM
    Reply

    wahh nampak menarik ..
    hurmm nak2 ada raja ema berlakon nie !
    kak ieda recently posted..RAMBUTAN ANAK SEKOLAHMy Profile


  2. Ibu Mifzal Arsyad
    December 24, 2012 | 12:44 PM
    Reply

    hari ni dah start tayang…leh la follow tgk..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Drama Adam & Hawa Episod 69 – 72My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge