Sinopsis Nurin Najwa | Slot Cerekarama TV3

6.4.2012 | 13:57

Cerekarama minggu ini membawa kisah mengenai Nurin Najwa yang merupakan anak tunggal kepada Tuan Mahdi dan Puan Zahra. Dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Bapanya seorang pakar motivasi manakala ibunya pegawai diplomatik yang sentiasa ke luar negara atas urusan kerja. Semenjak dari kecil lagi, Nurin Najwa telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah.

Manakala Irfan, seorang pelajar lelaki yang datang daripada keluarga sederhana. Bapanya telah meninggal dunia manakala ibunya pula mengambil upah menjahit pakaian dan membuat kuih sebagai pendapatan sampingan. Umum telah mengetahui, bapa Irfan ialah bekas banduan yang mati di tali gantung akibat dadah. Oleh itu, Irfan sering diejek. Tika yang menaruh harapan terhadap Irfan sering membelanya dari dibuli. Dia merupakan gadis kampung yang liar dan bersosial.

Di sekolah, Tika sering mempunyai masalah disiplin kerana sikapnya yang suka bergaduh dengan rakan-rakan sekolah. Tika sangat meminati Irfan tetapi Irfan tidak melayannya, sekadar bertegur sapa sebagai kawan sahaja.

Secara kebetulan kelas tambahan yang dihadiri oleh Irfan juga dihadiri oleh Nurin Najwa. Secara tidak langsung, ini telah membuka kepada awal perkenalan di antara mereka secara lebih rapat. Ternyata Tika cemburukan hubungan di antara mereka. Menarika ceritanya kan guys, lakonan Sari Yanti, Nisha Dirr, Zahiril Adzim, Zamarul Hisyam, Mustapha Kamal, Betty Benafe dan ramai lagi.

4 comments


  1. Maya Mayana
    April 6, 2012 | 3:23 PM
    Reply

    tak sabar nk tgok esok…


  2. Maya Mayana
    April 6, 2012 | 3:23 PM
    Reply

    tak sabar nk tgok esok…


  3. Bui Junaidi
    April 6, 2012 | 4:08 PM
    Reply

    KALAU TAKDER ARAL,BUI NAK TENGOK ESOK..SUKA TENGOK SARI YANTI..CANTIK


  4. anisalya
    April 6, 2012 | 11:46 PM
    Reply

    entha bila la blh tgk cerita melayu ni. huhuhu… tak ada kesempatan nak tengok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge