Percubaan Meminum Susu Nesvita Omega Plus

 
Susu Nesvita Omega Plus
Hmmm semalam menjejak kaki ke TESCO Rawang untuk pertama kalinya, juga pertama kalinya teringin nak mencuba susu Nesvita Omega Plus ni. Dah lama duk tengok iklan dalam TV, so semalam plak ada less jadik RM32++ mcm tu dari RM36++….yang duk terpikir nak minum tu hubby nilah…daku tumpang jek sekaki hehehhe…
 
Kebaikan susu ini
Semalam duk gode2 jugak apa kebaikan susu ini, daku terjumpe artikel ini di Utusan Melayu. Bukan apa selalu makan makanan yang berminyak jek kan, risau jugak tahap kolesterol dalam badan ni naik. Kalau kolestrol dah naik nanti tu yang bleh akibatkan sakit jantung, bila jantung tersumbat, lain2 penyakit pon datang jugak..
 
Jumlah kandungan tenaga
So salah satu cara nak mengurangkan risiko ini adalah minum susu..syukurla jenis yang senang jugakla nak minum susu ni, cume kene rajin bancuh jek hehehhee….Meminum susu merupakan cara terbaik dan paling mudah untuk mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi. Amalan ini memperlahankan kehilangan kalsium dalam tulang sekali gus mengelak daripada masalah osteoporosis tau kawan2!!! Ni kalau pihak Nestle tengok entry daku ni mesti nangis dia ni, patut kene lantik daku jadik duta diorang ni hahahha…
 
Kandungan dalam susu ini
Perlu diingatkan jugak bahawa semakin meningkat usia kita, tulang akan kehilangan lebih banyak kalsium dan ketika itu akan berlaku pelbagai penyakit kerana ketahanan badan turut berkurangan.aduihhh dahla pinggang ni memang ada sejarah pernah jatuh terduduk dulu, kadang2 sengal jugak sesekali, moga2 minum susu dapat melambatkan bongkok ni nanti hehehehhe
 
Tahukah anda?
Susu Nesvita Omega Plus Acticol dihasilkan melalui serat tumbuhan yang boleh didapati secara semula jadi di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, legum, kacang dan bijian. Bahan-bahan ini menghalang penyerapan kolestrol dari usus kecil ke dalam aliran darah. Kajian membuktikan, dua gelas susu ini membekalkan 1.2 gram sterol tumbuhan dan boleh mengurangkan kolestrol LDL sebanyak tujuh peratus dalam 30 hari.

 
Makluman penting
So peringatan, kalau dah beli susu pulak, jangan malas nk bancuh ye puan Jun..hehehhe okeh2 insya allah tak lupe, kene letak dekat tempat yang mudah dilihat ni, kalau simpan dalam kabinet memangla tersorok pastu boleh terlupa pulak pernah beli susu ni hehehehhe….so jangan lupe minum susu 2 gelas sehari ye, dari budak2 sampaila dewasa memangla penting susu ini untuk keperluan tubuh kita kan…

27 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge