PENGUMUMAN : KAwasan yang terlibat dgn gangguan bekalan air!!!

22.6.2011 | 06:28

Pls be informed of the Water Disruption scheduled from 8am 22/06/2011 to 8am 24/06/2011.

Keterangan:
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) serta kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor SYABAS.
Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:
 1. TARIKH/MASA GANGGUAN
8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat)
SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.
Lokasi:
Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1)
Kawasan Terlibat:
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Kuala Lumpur
Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.
Wilayah Hulu Selangor
Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri.
 
Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.
Wilayah Petaling
Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).
Maklumat Tambahan:
Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL[jarak][aduan/pertanyaan], dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.mywww.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

17 comments


  1. NM02
    June 22, 2011 | 1:44 AM
    Reply

    laku la tong air..


  2. aanie
    June 22, 2011 | 1:56 AM
    Reply

    alamak, opis sy pun kena…


  3. ainnoraini
    June 22, 2011 | 2:14 AM
    Reply

    tak ade senarai kat kawasan rumah kak ain…


  4. Kakzakie
    June 22, 2011 | 2:19 AM
    Reply

    Mesti masuk hari ketiga ramai yg tidak cukup air nak mandi.


  5. Nafisa81
    June 22, 2011 | 2:22 AM
    Reply

    look nice with pink….pastikan rumah ade tangki yer…hmm..kena elakkan aktiviti yang mewajibkan mandi la nampaknya ni


  6. ajumohit
    June 22, 2011 | 2:29 AM
    Reply

    niezza: heheheh

    aanie: tak dibenarkan berak today hehehe

    kak ain: selamat hehehe

    kak zakie: hehehhee

    nafisa: elakkan aktiviti 'wajib' itu jugak hahahaha


  7. ♥MiZz-siHa♥
    June 22, 2011 | 2:29 AM
    Reply

    nasib baik xkena…


  8. misya
    June 22, 2011 | 2:51 AM
    Reply

    harap bersabar


  9. Fieza79
    June 22, 2011 | 2:55 AM
    Reply

    kalau tkde air berhari hari mmg problem kan…kena pula ada anak kecik mmg susah jadi nya..


  10. Kunang-Kunang
    June 22, 2011 | 3:02 AM
    Reply

    Assalamualaiku aju,

    Susah juga tak ada air ni.

    Sapa-sapa yang ada anak kecik susah sikitlah ni.


  11. Nurull 101
    June 22, 2011 | 3:42 AM
    Reply

    Rumah saya ni antara yg affected. adehh…


  12. chichi
    June 22, 2011 | 4:00 AM
    Reply

    alamak terkene…


  13. wahida
    June 22, 2011 | 4:48 AM
    Reply

    rumah saya terlibat…dah standby air..

    laku gila tong air…


  14. fieda
    June 22, 2011 | 5:19 AM
    Reply

    tmpt aju kena x…nsb baik tmpat fieda x kena..


  15. rose --{@ ibuRafiq @}--
    June 22, 2011 | 6:05 AM
    Reply

    fuh..lega betul sbb umah den tak kena.

    eh very the pinky la blog aju skang hehhe


  16. ~ yus ~
    June 22, 2011 | 7:03 AM
    Reply

    nampaknya kws di Johor tak terlibat ya…:)


  17. MyCherita
    February 25, 2014 | 4:00 PM
    Reply

    Gangguan bekalan air di negeri selangor baru-baru ini membimbangkan.Diharap bagi mereka yang terlibat dengan ganguan ini bersabar.Saya berharap lah kejadian catuan air ini boleh diselesaikan dengan secepat mungkin.
    MyCherita recently posted..Senarai terkini kawasan ganguan bekalan air.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge