3 kebaikan berbasikal yang mungkin kita tak tahu

Photobucket Pictures, Images and Photos

Hujung minggu adalah aktiviti beriadah untuk kami sekeluarga. Saya bersyukur dikurniakan suami yang suka bersukan dan mementingkan penjagaan kesihatan.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Kata orang badan sihat otak cargasss!!. Seawal jam 6:40 pagi sudah bertolak dari Seri Gombak ke Tasik Putrajaya. Segarnya udara di pagi hari.

Sungguh menyamankan!! Anak-anak dengan basikal masing-masing begitu juga saya. Suami saya lebih suka berjogging. Lega!! (Tangan di dada, mata ke atas) hihihihi… Takdelah penat saya nak berjalan kan. Seronok anak-anak dah besar dan boleh bawak diri masing-masing.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Tengoklah gelagat masing-masing, ceria kan?!! Selepas penat berkayuh kami berehat sambil menikmati nugget dan air oren/sirap. Seronok tengok anak-anak berpeluh macam ni, lebih-lebih lagi Najiha yang lebih chubby berbanding Najwa dan Adam. Takpe biar dia kurus sikit ;).

Photobucket Pictures, Images and Photos

Berat saya sekarang 58kg, puasa lepas dapatlah turun ke 56kg. Rasa longgar semua blouse dan seluar. Suami kata kurus sebab bersukan takpe, jangan sebab berpenyakit kan. Mintak dijauhkan..antara kelebihan berbasikal ialah

• Mengayuh basikal akan menguatkan otot-otot terutama, kaki, betis, paha, lengan , perut dan sebagainya

• Berbasikal juga membuktikan yang mereka ini tidak nyanyuk dan memiliki otak yang sihat. Tahukah kita orang gila tidak boleh berbasikal. Berbasikal memerlukan keseimbangan otak dan tumpuan yang tinggi bagi menyeimbangkan badan. Ini tidak mampu di lakukan oleh orang yang tidak waras. kalau tak percaya anda ambil basikal dan beri pada orang gila, mesti dia akan kayuh masuk ke dalam sungai. Sebab tu kita katakan orang gila otak tak centre. Bunyinya melucukan tetapi ianya telah disahkan oleh pakar.

• Sekumpulan doktor pakar saraf dari University Gothenburg Sweden menyatakan berbasikal adalah cara yang paling baik untuk bebas dari Migrain (sakit kepala). Hasil kajian yang telah mereka lakukan ke atas pesakit migrain mendapati berbasikal akan menghasilkan tindak balas yang mampu menghilangkan stress dan membaiki kualiti tidur dan ianya akan menstabilkan denyutan di kepala. Lama kelamaan pesakit akan sembuh secara semula jadi.