Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA Lepasan STPM 2012/2013

20120712-060433.jpg

Semalam Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat, 13/7/2012 ini.

Calon Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai jam 12 tengah hari.

Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA Lepasan STPM 2012/2013 boleh bole dibuat menerusi beberapa saluran utama iaitu:-

1- laman web KPT:Calon boleh menyemak menerusi laman web http://upu.mohe.gov.my/

2-talian bantuan (Helpline): Helpline 03-8870 6777

3-talian hotline : 03-8870 6767,

4-dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Menurut laman sesawang KPT, keputusan kemasukan permohonan ke IPTA 2012/2012 akan dikeluarkan pada minggu kedua bulan Julai tetapi tiada sebarang tarikh dinyatakan.

Selamat membuat semakan Permohonan Ke IPTA untuk adik-adik Lepasan STPM 2012/2013. Semoga berjaya.