Tag Archives: isi borang online Bantuan lesen 1Malaysia

Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia [BL1M]

Sejumlah 500 ribu belia bakal menikmati harga rendah dalam permohonan baru lesen motosikal kelas B2 di bawah insentif Bantuan Lesen 1Malaysia, BL1M. Semoga dengan bantuan ini akan memanfaatkan mereka yang memerlukan.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Objektif BL1M

• Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
• Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
• Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
• Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
• Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

Syarat Kelayakan

• Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
• Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
• Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
• Sihat tubuh badan
• Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
• Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
• Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
• Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ

Continue reading