Tag Archives: Semak keputusan peperiksaan anak oleh ibu bapa secara online

Semakan Ibu Bapa Bagi Keputusan SAPS Pelajar

Anak sulung saya baru berusia 7 tahun, jadinya masih belum boleh menyemak keputusan peperiksaannya menggunakan sistem ini lagi. Mudah kan sekarang ni semuanya di hujung jari. Di sini ingin dimaklumkan bahawa laman www.saps.moe.gov.my telah berpindah ke laman baru seperti yang tertera dibawah. Berikut adalah cara terkini untuk ibu bapa mengakses laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Panduan Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar

1. Ibu bapa perlu Layari Laman http://sapsnkra.moe.gov.my dan klik pada pautan semakan Ibu Bapa untuk mengetahui slip keputusan peperiksaan anak dibawah jagaan mereka.

20120824-231459.jpg

2. Sila masukkan nombor kad pengenalan pelajar atau nombor sijil lahir pelajar. Klik pilih jenis peperiksaan dan papar slip.

Untuk pengetahuan ibu bapa, bagi Sekolah Rendah, sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas, manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.

20120824-232152.jpg

Slip keputusan dan analisa markah ini boleh dicetak dengan cara click perkataan Cetak.