Karnival Pendidikan MARA 2012 | Tawar 10,000 pekerjaan

10.3.2012 | 17:00

MELAKA — Sebanyak 10,000 peluang pekerjaan terutama kepada lepasan pelajar sekolah ditawarkan pada jelajah Karnival Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) 2012 tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Mara, Abd. Rahim Abd. Ghani berkata, karnival tersebut memberi fokus untuk menjuruskan pelajar memilih bidang bertepatan dengan minat dan impian serta laluan kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.

“Kelainan tahun ini adalah kita turut adakan pameran kerjaya dalam karnival ini ekoran permintaan tinggi masyarakat umum kerana sebelum ini kita hanya mengadakan karnival kerjaya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan kebanyakan pengunjung hanya tertumpu di sekitar Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran karnival itu di MITC di sini, hari ini.

Selain Melaka, karnival itu akan turut diadakan di empat lokasi lain iaitu di Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Perak.

Antara Aktiviti Yang Menarik:

Pameran Pendidikan IPTA, IPTS tempatan dan luar negara
* Institusi Pendidikan MARA (IPMa )
* Yuran Pengajian PERCUMA di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) terpilih
* Peluang Penajaan dan Pembiayaan Pelajaran MARA untuk calon yang layak
* Elaun Bulanan untuk calon yang layak
* Kaunseling Pendidikan dan Kerjaya
* Pinjaman Pendahuluan untuk calon yang layak
* Permohonan Terus dan Temuduga Terbuka
* Semakan Baki Tunggakan Pinjaman MARA

4 comments


  1. Faidhatul Arfah
    March 10, 2012 | 5:35 PM
    Reply

    follow u hee (:


  2. anisalya
    March 10, 2012 | 11:25 PM
    Reply

    boleh la apply sesapa yg nak kerja dan sedang cari kerja tu.


  3. Kunang-Kunang
    March 11, 2012 | 4:07 AM
    Reply

    Sayangnya jauh nun di Melaka. Tunggu diadakan di Shah Alamlah nampaknya.


  4. mummY daniSha
    March 11, 2012 | 9:07 AM
    Reply

    eh…bile ni yer?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge