9 petua doa mustajab Mutiara Doa tazkirah

Mutiara Doa | 9 petua doa mustajab

 Sumber Google
BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.
  • Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” 
  • Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
  • Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
  • Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
  • Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
  • Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
  • Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
  • Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”
  • Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

(1170)

Related Posts

13 Comments

  • Reply
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆
    April 20, 2012 at 1:01 AM

    alhamdulliah n3 penuh ilmu untuk d kongsi :))

  • Reply
    Masya
    April 20, 2012 at 1:09 AM

    aminn… moga² doa kita juga akan dimakbulkan…

  • Reply
    Kakzakie
    April 20, 2012 at 1:13 AM

    Moga kita sentiasa mencari peluang berdoa diwaktu-waktu terbaik ini Aju…

  • Reply
    ieda
    April 20, 2012 at 1:17 AM

    aminnn ..
    TQ sharing dik ..
    semoga kita x lupe akan amalan2 kita yg sepatutnya kita ingat selalu 😉

  • Reply
    ♥♥azatiesayang ♥♥
    April 20, 2012 at 1:28 AM

    Aminnnnn…terima kasih atas pengkongsian

  • Reply
    Kunang-Kunang
    April 20, 2012 at 1:49 AM

    Salam Aju,

    Semoga kita berusaha untuk melakukan apa yang Rasulullah s.a.w dah berikan panduan kepada kita.

    Dengan mengamalkan apa yang diajar oleh Rasulullah semoga doa kita akan Allah makbulkan.

  • Reply
    izan mama mia
    April 20, 2012 at 2:02 AM

    tq berkongsi info di pagi jumaat yg berkat ini

  • Reply
    [sutera kasih]
    April 20, 2012 at 3:25 AM

    thanks share info bermanfaat ni kaka 🙂

  • Reply
    Salina@IbuAqil
    April 20, 2012 at 4:46 AM

    Alhamdulillah!!!
    Aju & anak2 sihat..
    Rasa mcm dah lama ina x jenguk Aju..
    Rindu!! ;D
    Take care & happy weekend yer.. 😉

  • Reply
    Amie
    April 20, 2012 at 5:21 AM

    Tambah berkat hari Jumaat ini dengan perkongsian yang bermanfaat begini.

  • Reply
    Aleyn
    April 20, 2012 at 5:39 AM

    Alhamdulillah…nice sharing sis

  • Reply
    fieda
    April 20, 2012 at 6:23 AM

    ilmu yg berguna di hari jumaat.

  • Reply
    Fai Shaklee
    April 20, 2012 at 6:49 AM

    kak aju, fai mohon share ye. tq 😉

  • Leave a Reply

    CommentLuv badge