Salam Maulidur Rasul 1434H | Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca blog ini. Selawat ke atas Nabi Muhammad Ya Rasulullah. Pagi ini saya sekeluarga akan menyertai Perarakan Sambutan Maulud Nabi yang akan bermula di Masjid Khairiyah, Seri Gombak.
Tahun ini tema yang dipilih ialah ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Apa maksudnya? “Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia,”.
Juga banyakkan berselawat, antara fadhilatnya ialah:-
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

‹ WW ~ Penulis Jemputan Gambar Perarakan Maulidur Rasul Semalam ›











memang banyak fadhilat bersalawat ini, wahhhh meriah tu ada perarakkan
sweetkurma recently posted..kembara 2013
bestnya ada program macam ni. at least, anak excited dan dapat semai dan hayati maulidurrasul
mama adam recently posted..Melatih Anak Tidur Awal
Salam Maulidur Rasul Aju..
Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..
lily @ MamaQistina recently posted..Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah..
salam maulidur rasul AM..
hairulafiz recently posted..Jadual Piala FA 2013