Tazkirah : Doa Elak Cabul dan Rogol

17.6.2011 | 00:29

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah dipaparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيم
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ
قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ
حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin diutarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, disertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني
آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ
وَأَحْصَنْتُ فرجي
إِلاَّ على زوجي
فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Wallahualam…



10 comments


  1. wani johari
    June 17, 2011 | 1:00 AM
    Reply

    semoga diamalkan selalu…aju pernah bc x kisah kt luar negara yg ths girl amalkan bc ayat kursi…perogol tu nmpk dia ditemani 2 lelaki yg tegap kiri n kanan. dia terselamat tetapi org slps dia jd mangsa rogol.. nauzubillah…


  2. Huda
    June 17, 2011 | 1:08 AM
    Reply

    bagus amalkan kan kak..skang ni perogol x kire dah, mana dapat je dia..nauzubillah..minta dijauhkan, amin


  3. Kakzakie
    June 17, 2011 | 1:10 AM
    Reply

    Mengamalkan doa tanpa meninggalkan yg dilarang seolah-olah makan makanan yg kelihatannya cantik hiasannya tapi tawar tanpa rasa….

    Seiring dgn itu mahu meminta mestilah sanggup meniggalkanapa yg dilarang olehNya…


  4. hani@debumelukut
    June 17, 2011 | 2:33 AM
    Reply

    sama2 beringat…


  5. wahida
    June 17, 2011 | 2:38 AM
    Reply

    bagus info ni…terima kasih dear…

    sama2 kita beringat…


  6. ajumohit
    June 17, 2011 | 2:44 AM
    Reply

    wani: oh yeke wani? tak pernah dgr lagi, tp kuasa Allah kan…

    huda: tulah huda, risau hari2 dgr kes2 rogol ni

    kakzakie: Yelah kak, kene jaga adab jugak kan


  7. ajumohit
    June 17, 2011 | 2:45 AM
    Reply

    hani: yelah cikgu, risau saya ni…anak2 dara kita kan

    wahida: sama2 wahida..


  8. fieda
    June 17, 2011 | 6:01 AM
    Reply

    thanks for sharing..


  9. MrS. F!zA
    June 17, 2011 | 6:51 AM
    Reply

    makasih berkongsi.. jenayah pling ditakuti kaum wanita adalah rogol..nauzubillah.. tp org ttp pakai seksi2..hiks


  10. ajumohit
    June 17, 2011 | 8:16 AM
    Reply

    fieda: sama2 fieda

    Mrs Fiza: Saam2 fiza..itulah pasal, lagi menarik perhatian pulak kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge