Selamat tinggal Elianto BB Cream!

RM69 untuk 50ml
Sebelum ini daku memang pengguna setia produk Elianto ni. Ini sebahagian koleksi produk-produk Elianto  yang daku ada. Memang suke dengan hasil kemasan dan ianya bersesuaian dengan kulit muka ini. Tidak berminyak, nampak flawless dan natural.

Kalau pakai concealer Elianto  ini dapat menutup jeragat-jeragat atau pigmentation yang ada di muka. Malu seh sebab nampak sangat jeragat ni kalau tak letak concealer ni. Dulu pernah sekali concealer ni habis di market, productionnya dihentikan atas sebab-sebab tertentu, menggagau jugak nak mencari concealer brand lain tapi tak sesuai pulak dengan muka ni. Lepas 3 bulan productionnya kembali ke pasaran dan akhirnya daku beli stok 2 kotak sekaligus!! hehehe.
Kalau nak tengok contoh makeover sebelum dan selepas penggunaan produk ini, boleh tengok di link ini. Pada daku nampak oklah, tapi korang tengok cmner hehehehe…Malu pulak rasa wat makeover tu, silalah jangan muntah ek

So baru-baru ini ada survey di kiosk Elianto sebab BB Cream ni pon dah nak abis, so survey punya survey rupa-rupanya harga dia dah naik lah, sebelum ni RM59 untuk 50ml, tapi sekarang dah naik kepada RM69 untuk 50ml. Owhh berkira-kira jugak nak beli ni, tapi kalau pakai ni, tahanlah untuk 2 tahun. Lama kan? pakai pun sikit2 jek, sebab sayang pon ye jugak huhuhu.
 Hanya RM17.90 untuk 20ml
Pikir punya pikir, so sekarang ini daku dah bertukar kepada Silkygirl BB Cream, tidak berminyak, tidak berbau dan sesuai untuk kulit mulus ni kekekekke…Oklah harga pon murah dan yang penting sesuai dengan concealer dan two way cake Elianto ini. Sejak anak-anak dah sekolah, banyak perbelanjaan ibu perlu dikurangkan, takpe pendidikan anak-anak lebih penting kan. Setelah 2 hari menggunakannya, hati telah terpikat padanya hehehe, korang pulak pakai foundation or BB cream jenis apa ye?

25 thoughts on “Selamat tinggal Elianto BB Cream!

  1. Kakzakie

    Kalau kulit dah gebu pakai apa pun nampak cantik Aju. Kakak sejak terkena dgn ST sampai sekarang masih tak menentu. Setiap kali ke pharmacy teragak nak beli kakak beli…

    Reply
  2. aanie

    aanie x pakai bb cream….suka pakai foundation terus….sb kulit x cantik….foundation tebal sikit kot dr bb cream ni….huhuhu…

    Reply
  3. miloais milo

    iols penah guna yg cream silkygirl tu…
    tak sesuai ngan kulit iols kekdahnya -
    kulit muka jadik gatal2 – merah dan tumbuh bintik2…
    siap pegi klinik lagi – sebab teruk gak kena masa tu…
    terus tukar – guna elianto – sampai sekarang

    Reply
  4. ieda

    yeahhh pilihan terbaik
    kalau mahal2 x mampu beli susah juga kan dik
    akk pilih mana yg bersesuaian dan x membebankan aje ;) setia ngan olay ! .. ;)

    Reply
  5. Panggil Namaku

    Saya ada Mybbeline liquid foundation and stick. Then pixy stick foundation. and last Garnier. hahahaha Berlambak foundation. Tapi selalunya just pkai pixy two way cake. tu sgt best. Murah pulak tu. Kalau nak kesan yang sederhana. Just pkai compact powder yang maybbeline tu. best3 ^^

    Reply
  6. ny

    Ju, cuba guna bb cream safi. Rasa ringan di kulit, ton sesuai dgn apa2 warna kulit dan tak oily serta yg penting ia HALAL.

    Reply
  7. cik pn.sarah

    sy br je betukar kpd produk safi rania….alhamdulillah serasi ngan kulit….bb cream die pun terbaek….sblm ni sy pakai revlon bb cream n cryolan stick….mula2 tu ok…lama jemu la tgk muka ni tempek ngn makeup je….skrg ni pkai bb cream safi rania…nmpk lbh natural n xberminyak….kulit pun nmpk lbh sihat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge