(Gambar) Majlis Pertunangan Liyana Jasmay dan Fathuddin

28.3.2012 | 21:21

Liyana yang mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkata, majlis pertunangannya itu sebagai bukti dia sudah bersedia memikul peranan sebagai isteri selain hadiah ulang tahun kelahirannya ke 24 yang jatuh pada 28 Mac.

“Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat.

“Alhamdulillah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri,” katanya selepas majlis pertunangan tersebut.

Pada majlis pertunangan itu, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.

Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.

10 comments


  1. anisalya
    March 28, 2012 | 11:10 PM
    Reply

    kalau nikah terus pun tak apa.


  2. fieda
    March 29, 2012 | 12:19 AM
    Reply

    tu la baik kawin terus sbb mmg dah macam kawin pun majlisnya..


  3. Kakzakie
    March 29, 2012 | 12:48 AM
    Reply

    Betul kata anisalya dan fieda… setuju benar kakak dgn komen tu.


  4. ~ yus ~
    March 29, 2012 | 1:09 AM
    Reply

    yang lelaki segak berbaju melayu, yg perempuan dah mcm gaya princess pulak, serba moden. Setuju dgn semua, kahwin terus lg molek. Dah siap pelamin pun kan.


  5. Nazayiena
    March 29, 2012 | 1:21 AM
    Reply

    Tahniah Liyana Jasmay dan tunangnya….


  6. ☆*♥L@dy @yU♥*☆
    March 29, 2012 | 1:35 AM
    Reply

    sama2 anak org kaya ni!!


  7. Ietams
    March 29, 2012 | 1:39 AM
    Reply

    dah mcm gambar kahwin pula


  8. I`mulan
    March 29, 2012 | 2:45 AM
    Reply

    matured muka tunang die… liyana cam teenage lagi…


  9. Izan Ishak
    March 29, 2012 | 3:38 AM
    Reply

    tgk gmbr dah macam kawen pun ye…


  10. Bui Junaidi
    March 29, 2012 | 5:54 AM
    Reply

    SEMOGA SAMPAI KE JINJANG PELAMIN..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge