Ini adalah kata-kata semangat untuk aku and ibu-ibu breastfeed di luar sana. So far aku rasa aku dah lengkapkan list2 keperluan utk banyakkan susu ni. Contohnya faktor pemakanan, minuman dan zikir amalan harian.
Aku pastikan aku banyakkan makan sayuran hijau. Sama ada ulaman atau yang direbus. Lepas tu aku suka rebus air kurma merah tu. Memang sedaplah minum sejuk-sejuk. Biasalah ibu-ibu akan buat yang terbaik untuk hasil yang mantap kan.
Jadi memang ko kena berkorbanlah masa dan tenaga untuk capai target menyusukan bayi sehingga umurnya 2 tahun. Anggap ini perjalanan yang menyeronokkan. Yang dapat kebaikan tu pun anak sendiri dan diri sendiri pun boleh kurus hahaha.
Bila aku usaha untuk banyakkan susu, semua tips banyakkan susu badan pun aku cuba. Tak nak malas-malas. Masa yang ada tu gunakan sebaiknya.
Alhamdulillah susu badan ade peningkatan. Tapi aku dapat rasa perubahan tu dalam seminggu je, pastu susu aku turun semula dan tidak konsisten. Setelah aku kaji dan teliti, rupa-rupanya faktor kekerapan mengepam juga x boleh dilupakan.
Selalunya, hasil mengepam hari Jumaat, aku akan bekukan dan hari Isnin mggu berikutnya aku akan bekalkan kepada pengasuh stok frozen dan bukan yg fresh. Setelah aku baca blog ayu dan alin, aku mula sedar dan betul-betul paham, bahawa kerap mengepam turut membantu ‘up’kan kuantiti susu.
contohnya weekend mmg aku tak pernah pump langsung sebab just direct feed Adam. And sabtu/ahad semalam aku tukar jadual tu, Bile direct feed Adam aku make sure aku akan pump sebelah lagi..Still boleh dpt 1.5oz ke 2.5 oz!!!! Alhamdulillah ini sudah bagus!!!
So hasilnya, stok frozen ku bertambah 2 botol hasil mengepam Jumaat lepas. And aku bekalkan susu fresh pada Adam. Jikat duit tak perlu susu formula dan tak perlu bancuh pun. Bagi je susu ibu yang banyak khasiatnya ni.
Alhamdulillah…kawan-kawan mulai hari ini sila pakai tips banyakkan susu badan. Dab jangan malas-malas mengepam lagi ye, hahhaha terutama aku ni le…chai yok!!
betul aju..jgn mlas pump…sbb menyusu ni konsep dia supply on demand..bnyk permintaan bnykla hasil dia…hehee..
Jum Sertai GA sempena 1st Birthday Arissa..Hadiahnya mmg mommies suke 🙂 TQ
betul aju…..selagi anak tak cecah usia setahun setengah, kena gagah mengepam siang malam, sabtu ahad…makin kerap mengepam, makin kerap pengeluaran susu.
Dan paling penting jadual pengepaman mesti selari setiap hari….jgn lopong2…:)
ye yang… pam yang konsisten adalah antara faktor utama penyusuan berjaya…. Bfeeding ni ikut hukum…Supplu and demand 🙂
thanx azrin, kak mieja and laila, dgn adanya blog2 ttg penyusuan dan pengambilan supplement utk support, aju dpt byk info dan belajar benda2 baru…
Caiyok2 dear… Tendum pumping memang membantu tambah stok… weekend pun memang kene perah if stok tak banyak. the more you stimulate the more susu akan produce… kalo bleh 1 hari make sure minimum 6x perah! InsyaAllah
BERUSAHA!! u pasti boleh!!!
wah, byk info tentang breastfeed kat sini…suke sgt!! sebab tgh kumpul info tentang ni…hihi…
Suplemen terbaik sepanjang penyusuan susu ibu