Berapa oz susu bayi baru lahir perlukan?

berapa oz susu bayi perlukan
Bekalan My Adam Setiap Hari

Berapa oz susu bayi baru lahir perlukan?

Buat ibu yang baru melahirkan bayi, mesti akan tertanya berapa banyak susu yang bayi kena minum. Saya pun macam tu juga. Banyak saya belajar dari baca di google dan nasihat dari pakar.

Nak menyusukan bayi ni umpamanya the struggle is real hahaa. Sebab kita nak pastikan baby dapat khasiat yang secukupnya. Jadi pemakanan ibu pun kena jaga.

Banyakkan minum air masak, makan makanan punca tambah susu dan pastikan cukup kandungan vitamin dan mineral.

Bekalan susu untuk ke pengasuh

Dah lama rasanya tak menepek EBM Adam..Macam biasa, hari-hari daku membekalkan 3 botol x 3.5 oz utk My Adam. Ade org tya cukup ke 3.5 oz sebab umurnya dah setahun 2 bulan kan..
meh kita baca artikel ini. kajian menunjukkan bayi berumur 1 hingga 6 bulan yg minum susu ibu secara exclusive biasanya akan minum secara purata 25oz sehari. Anda boleh mengira sendiri brp oz sepatutnya susu yg diperlukan oleh bayi anda.
  • Anggarkan berapa kali bayi anda minum susu sehari
  • Kemudian 25oz tu dibahagikan dengan jumlah penyususan tersebut
  • Jawapannya tersebutlah yg menganggarkan berapa oz susu yg diperlukan oleh bayi anda
Contohnya : Adam minum susu lebih kurang 8 kali sehari, so 25oz/8 = 3.13 oz diperlukan setiap penyusuan. Sebenarnya setiap bayi berbeza keperluan susunya. Macam Adam dah start mkn nasi sekarang so mmg dia pon dh kurang menyusu.
Tapi kan biasalah, kalau baby yang menyusu badan ni kan suke menempek je ngn mak dia kan…penat mmg penat tapi rasa puas tu memang tak dapat nak digambarkan..
Dan yang bestnya daku rasa berat badanku dapat diturunkan dengan cepat dan sekarang ni just maintain kan jek…Jadi bagi ibu-ibu yang baru melahirkan dan nak turunkan berat badan. Banyakkan menyusu bayi korang tau.
Lagi selamat dari kita makan produk yang belum tentu selamat untuk diamalkan. Jaga makan, banyakkan senaman. Insha allah berjaya.
Semoga entri berapa oz susu bayi baru lahir perlukan? ni bermanfaat untuk korang.
BACA  Risiko darah rendah semasa menyusukan bayi

6 thoughts on “Berapa oz susu bayi baru lahir perlukan?”

  1. mmg sebenarnya cukup…tp kekangan luar yg menjadi penyebab asyik ckp baby xcukup susu..

    yen tak pernah kirela tp rsnya setiap kali penyusuan direct dihujung minggu kenyang je Alif tu 🙂 wpun setiap kali feeding xsampai pun 4 oz yen rasa

  2. go eb azrin go…

    1kg seminggu termasuk anta ke umah pengasuh ke aanie? kalau tak adam aanie ni kuat nyusu gakla kiranya ye..

    sama2 lip

    TQ yen..seronok baca citer yen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: