Aku suke jugak tengok Slot Bersamamu ni..Bukan apa, memberikan keinsafan pada kita yg sihat dan hidup yg boleh dikatakan selesa ni, cukup makan dan cukup pakai. Biar kita dan anak2 tahu, ada org lain yg lebih menderita dan sengsara daripada kita. Kita hari2 mengeluh dengan pelbagai alasan dan sebab tanpa kita muhasabah diri sendiri tentang keperitan hidup org lain yg jauh lebih menderita dari derita kita sendiri.
Tapi slot mlm td memang menyentuh hati naluri seorg ibu dan seorg anak. Memang sedih sgt2. Even aku tengok pon dah 15 minit terakhir tp anak tu dapat menjatuhkan airmata aku ni. Ya allah aku doakan moga tempatnya di syurga. Dia seorg anak yg baik dan meninggal pula pada hari Jumaat sebelum solat Zuhur.
Jangan lupa untuk menderma pada yg memerlukan, dan tunaikanlah zakat, tidak rugi apa pun kan. Malahan rezeki kita menjadi lebih berkat. Wallahualam….
memang sedih sesangat..Al-Fatihah..moga rohnyer di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman.AMIN…
betul tu..tak sangkat sgt dia meninggal ketika krew bersamamu ada kat situ…biarlah dia pergi daripada menanggung kesakitan..kesian tgk ibu dia yg sgt syg dan jaga dia sepenuh hati kan.kasih ibu membawa ke syurga…semoga roh adik tu dicucuri rahmat .Amin.
eeelok tengok dengan anak-anak sebab slalu buat modal jangan suka buang makanan – 'orang lain menangis nak dapat nasik korang sesenang je buang yea'
semalam saya x sanggup nak tgk, bila tgk iklan pn da sedih..huhuhu….
em, betul tu…memang sedih sesangat…tabahnya hati seorang ibu…mulanya sy x sanggup nak tgk..tp last2, habis gak…
Memang tak suka nak tengok rancangan tu sebab memang tau akan nangis…
sedih kan mummy echa, izan, cemomoi, kisah cinta, aanie, kak ana. Memang tmptnya di syurga, kesakitan di dunia tp ganjaran syurga di sana…