Bil air yang sentiasa negatif, untung sangat. Biasa kalau dapat bil mesti selalu berteka teki. Cuba teka berapa bil kita bulan ni? Kalau dapat bil elektrik tu memang dah tau dah amaun tu.
Sebab guna elektrik kan memang dua puluh empat jam on. Dengan peti aisnya, mesin basuh, dryer electrolux kapasiti 7kg, kipas, lampu dan aircond. So tau dah mesti kene bayar jugalah setiap bulan.
Tapi tak ya dengan bil air. Syukurla sebab penggunaan lebih kurang 20 meter padu setiap bulan. Bolehlah kami rakyat Selangor menikmati air secara percuma.
Salah satu manfaatnya sudah tentulah pada golongan yang kurang mampu. At least dapatlah ringankan beban.
Bila dah dapat berjimat dengan tak perlu bayar bil air, kita salurkan duit tu untuk beli benda lain.
Nak nasihat satu je. Bila dah bil air yang sentiasa negatif, sila gunakan air secara berhemah dan elakkan pembaziran. Kadang-kadang bila dah air tak perlu bayar ni ramai pulak yang membazir.
Bila tarif air dah naik, bil pulak melambung tau pulak bisingnya. Dah jadi macam ni tau pulak nak berjimat. Tapi bukanlah semua orang macam tu.
Segelintir ajelah. Sebab kalau difikir, kos selenggara air ni bukannya murah. Tapi mahal kan. Bila dah dapat jimat tu, kita pandai-pandailah uruskannya.
Saya kat rumah ni ramai dalam 5 orang. Jadi memang saya selalu membebel kat anak-anak supay jimat guna air. Kekadang seronok pulak si kecik tu mandi, siap mair air.
Dah macam pesta air kat rumah ni. Jadi bila kit bising, off lampu. Berlarilah diorang mencicit takut. Tau pulak takut kan.
Hmm bebudak macam tulah. Kita yang dewasa ni memang kene ingatkan. Tapi kalau dah dewasa pun tm reti nak fikir, tak dapekla nak nolong.
Itu ajelah bebelan saya. Seronok punya pasal bil air yang sentiasa percuma, siap buat entri kenang-kenangan dalam blog. Manalah tahu satu hari nanti boleh imbas semula cerita dulu-dulu.
Kenangan sangat kan?. Selamat berhujung minggu semua! Sama-samalah berjimat cermat dalam semua hal.
sikitnye..
kalau kat rumah tu..kene berpuluh2 hengget mcm la ade swiming pool la pulak…
huhu jimattt.. kta plak setiap bulan byr rm10..guna byk ke guna sikit ke tetap rm10
untung berbaloi-baloi dapat guna air percuma…
Kak Amie tak perasan pula berapa kena bayar tiap bulan sebab jarang tengok bil air… hi hi hiii tu semua kerja suami…
sonok kan kalau selalu gini…umah mak izan plak bil letrik yg 0 aje~
issyyy ai kat mesia rasanya air pakai murah gak x sampai 10 hengget kot sebab x guna byk sgt ngeee
hye , singgah jap .
tolong vote saya dekat http://iownthis87.blogspot.com/2011/07/vote-for-abazilah.html
tq 🙂
akak ni tak penahnye negatif, sumenye positif…belasan ringgit le jugak
untungnya, kat umah lak, kononnya meter rosak tp kena byr RM25 – RM 30/bulan
bil air rmh tiap2 bulan dulu mencecah beratus ringgit..padahal xda guna byk pun..rupanya ada kebocoran kt dlm tanah yg kitorg xsedar..huhu