JIKA ingin mencari sesuatu kelainan bagi rekaan tudung untuk digayakan bersama busana terpilih pada 1 Syawal nanti, apa kata mencuba tudung eksklusif daripada koleksi Butik D’Haja. Bukan saja menarik untuk dipakai malah kombinasi warna yang digunakan juga mampu menyerlahkan seri wajah agar tampil menawan pada hari berkenaan.
“Saya amat mementingkan keselesaan pelanggan dan cuba sedaya upaya menghasilkan produk yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran pada harga berpatutan.
“Maklum balas diperoleh sepanjang dua tahun beroperasi amat memberangsangkan dan ia menjadikan saya lebih tekad untuk mencipta kelainan dalam bergaya bagi wanita bertudung agar tidak terikat pada satu jenis pemakaian tudung saja,” katanya.
Selain itu, D’Haja turut menggunakan kain kapas lycra dan kapas denim bagi menguatkan lagi koleksi penggunaan bahan kapas dalam pembuatan tudung keluaran mereka.
Setiap rekaan dihasilkan juga tidak akan diulang reka bagi menjaga kualiti jenama D’Haja dan hanya memiliki 150 tudung mewakili setiap rekaan berkenaan.
Bagaimanapun katanya, jika ada pengulangan rekaan yang ditawarkan bahan yang digunakan untuk menghasilkannya adalah berlainan berbanding rekaan asal.
Di samping itu, untuk sambutan Syawal kali ini, D’Haja memperkenalkan koleksi tudung Haja Munnira, Laura, Mayya, Marissa dan Bella sebagai pilihan terbaru pelanggan setianya.
Koleksi berkenaan boleh diperoleh pada harga bermula RM39.90 hingga RM95 dan ia bergantung kepada penambahan aksesori yang diingini pelanggan.
murahhh pon murah!,.ehe,.CN pkai tdung nur kasih je,.xde butik2 pon,.huhu
Kalau abah bukan sahaja nak beli tudung, dengan cik tudung tu pun abah nak beli..kalau boleh lah..hehehhe
Yeaaahhhh..balik kampung! checklist dan buat?
cantikla kak tudung2 ni 🙂 mana nak cari ek..
Cantik2..Harga dia pun ok jugalah..
Ayu jer tgk irma ni bertudung.. 😉
nurul : nurkasih pon kak suke, tudung anak2 pki brand nurkasih
abahkhalisha: hehhehe jgn wat hal, raya mggu depan hihii
Huda: butik dia di terminal one seremban huda…
lily: murah kan, semalam gi uptown pun murah2, mmg sweet je orgnya
Irma hasmie cantik.
semua cantik..irma pun cantik..
Kakak pakai yg biasa je aju. Cantik Irma sejak bertudung nie. Suka…:)
Manis dan ayu sungguh wajah Irma ni. 🙂
mcm tak berapa sesuai jer kalau kak ain pakai mcm tu..
selamat hari raya maaf ye kalau ade silap dan salah..
kt seremban ke butiknya…bkenan plak gmbar 1 tuh
aju, akk nk ucap slmat hari raya idilfitri, maaf zahir n batin ya
hati2 d jln raya nnti ok
dia x jual on9 ker
harus ai yg duduk sini asyik ketinggal bab tudung,shawl etc uwaaaaa
Alah cane pulok nk gi seremban tu. Kat sini sini x de ke tudung cmtu. Xkn nk pg seremban semata2 nk beli tudung je.
tak beli tudung raye lagi ni
baru semlm beli tudung utk pakai raya nnt..tapi beli yg biasa2 jer…hehe..
selamat hari raya aidilfitri….
ampun maaf dipinta kalau ada terkomen over kat sini yer….
Cantik gak tudung² nih, harga pon berpatutan ☺☺
Salam Aidilfitri untuk AJu & family ^_^
perghh…promote tudung lak….sy pakai tudung murah je…tp cantik la irma sejak bertudung ni…….
cantik2 tudungnya,, tapi iols tak reti nak pakai tudung2 yg gaya berlapis tu…
pakai tudung yg biasa2 jahhhh!~
selamat hari raya kak…cantek tudung2 tu…
bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat
orang cantik..pakai apa pun cantikkan
Selamat Hari raya
sweet jer irma ni pakai tudung kan.
saya tak beli pun lagi tudung nak pakai raya. esokla kut
Model tudung tu macam kenal je. Tahniah irma hasmie. Dah jadi muslimah solehah
Insyaallah istiqamah