Air Kolah Masjid khurafat????

Sentap daku baca komen Dr. Ben ni tadi hehehhe, tapi takpe daku tak  marah, daku dah cari skit pengertian tentang kebaikan air Kolah Masjid ni…Jom Baca…

Seorang ilmuan Jepun Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah merintis kajian saintifik tentang molekul air. Beliau dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molukel air. Hasil kajiannya mendapati air ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan.

Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti krsital yang sangat indah  dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkapkan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.

Beliau juga telah telah membuat kajian ke atas air-air yang dibacakan ayat-ayat suci Quran dan mendapati hasilnya molekul air tadi  seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.

Mengikut hasil kajiannya juga, antara molukel air yang paling cantik bercahaya ialah air zam-zam. .Molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan  berwarna-warni melebihi dua belas warna ! Tidak hairanlah air zam-zam menjadi  begitu berkhasiat kerana ianya menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Demikianlah juga dengan air kolah masjid yang telah merakam suara azan, bacaan ayat-ayat Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut.

Semakin kuat konsentrasi orang yang berkata-kata atau berdoa pada air, semakin kuat kesannya yang terhasil pada molekul air. Air boleh memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan kenapa air biasa yang dioakan boleh menyembuhkan penyakit.

BACA  Ikhtiar Perawatan Resdung/ Sinus

P/S : Besok daku bagi ayat2 yang nak dibacakan tu ye…daku lupe nk bawak notes tu hahahha….

12 thoughts on “Air Kolah Masjid khurafat????”

  1. Btul tu aju. Pernah gak dpt email pasal air yg di baca ayat² al-quran.

    Kita hanya ikhtiar. Setiap penyakit penawarnya adalah ayat² suci al-quran. Smoga hubby aju cpt sembuh.

  2. usaha n ikhtiar shj. hrp2 serasi. kita tahu bukan air tu pun yg bkuasa, kan. Yg utama jgn bhnti mohon dr Allah.

    nanti akak cuba search pnawar lain.

  3. Ikhtiar! Usaha! Doa! Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.. 😉 Semoga sembuh dari segala penyakit.. Amin!! Aqil demam ni Aju dah 2 hari ina EL..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: