KUALA LUMPUR: Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu.
Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.
Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba.
“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.
“Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.
Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan.
“Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak.
Safura ketika dihubungi berada di hospital bagi menunggu jenazah anaknya dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur.
Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun.
Malah Safura yang pernah tampil bersahaja menerusi teater Ronggeng Rokiah dan Terima Kasih Cinta kini sedang sarat mengandung lima bulan.
P/S : Teringat pada anak2 di rumah, walaubagaimanapun sudah ada bidadari di syurga menanti Safura, Al fatihah
Al-Fatihah…sungguh tak terkata bila hilang dgn tiba-tiba…
sedihnya..
alfatiha
alfatihah..bile anak demam kite mmg riso kan kak..
alfatihah, semoga safura tabah..
alfatihah..sedihnya..tk sgka kan demam biasa pon boleh meninggal..takziah..
Sedih…
Al-Fatihah untuk roh anak Safura allahyarhamahMarian dan takziah pada safura sekeluarga.
Semoga tabah untuk ujian yang berat ni.
tabahkanla hati mereka.. alfatihah
Uits…seb baik baca blog Aju kalau tak..mmg tak tahu…takziah kat Safura.
Uits…seb baik baca blog Aju kalau tak..mmg tak tahu…takziah kat Safura.
Takziah..al-fatihah..budak kalau demam mmg cukup bahaya.
Innalillahiwainnailaihirojiun…..begitu mengejut pemergiannyer….semoga Safura tabah….
Demam biasa pun sangat bahaya yer..semoga dijauhkan daripada anak2 dan insan2 tersayang
al-fatihah pada keluarga arwah..kesiannya…
Al-Fatihah..sedihnya…kena jg elok2 ni kalau anak demam…takutnya…
alfatihah
al-fatihah…
sgt bahaya kalo biarkan anak dmm berpanjangan…ini peringatan buat diri sendiri dan org lain…
tetapi siapa kita utk menolak takdir dr yang Maha Esa?????
semoga rohnya dicucuri rahmat…..
sedey kalo jadi kat ai tataw la nk buat apa…al fatihah…tempat arwah di syurga dah terjamin
alfatihah..sedihnya..tp itulah ajal maut semuanya telah termaktub..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..
Al Fatihah
semoga rohnya dicucuri rahmat…
al fatihah…mmg terkejut masa baca berita ni kat blog kak ieda tadi…mcm tak percaya je…huhu..
terus aku teringat anak kat umah tu…si adik tgh demam tu…nauzubillah…
alfatihah utk safura…sebab hati kita,lagi berat yang menanggungnya
al-fatihah…
eemmm…kakD pun sama juga tiba2 teringat ank kat rumah…kemarin dia muntah2…
AlFatihah. Tu yg risau klo anak demam berpanjangan.
alfatihah…alfatihah…
al-fatihah, terkejut bc hmetro pg td
al-fatihah..terkejut dgr berita ni..berat nya dugaan safura…
ya allah sedihnya…
semoga dia tabah, dah la tengah preggy…
cian nye…
mmg betul, arwah sedang tunggu ibu bapanya di sana…
ALfatihah
semoga mereka tabah
Al fatihah..Allah lebih menyayangi arwah..Moga Safura dan suaminya tabah..Akak pun dah kehilangan 2 org bayi yg keguguran dan meninggal ketika dilahirkan..mmg pedih pada mulanya dan ambil masa utk melupakan..
al fatihah ….
baca jugak tentang ni semalam. dugaan buat safura dan keluarga dia kan…
sedihnya….btul ke ubat yg dberi tu? apa2 pun smua yg blaku adalh takdir tuhan.al fatihah
berat ujian yang Allah turunkan ini
siapa sangka.. mmg dalam keadaan yg sangat mengejut.
moga safura, suami dan keluarga tabah dgn dugaan ini
terus teringat kat bambam n syasya..
huh