Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.
Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.
Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.
Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar ‘mati otak’.
Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis. – Reuters
Tak sanggup nak tgk video klip tu, walau dah banyak kali nampak di fb..huhu
tak sanggup nak tgk video tu..tapi hati ni mcm ditarik2 nak tgk gak…. patutla smlm byk yg update kt fb pasal benda ni….
bui pun baru post benda yg sama..geram betulkan..rs nk pukul2 jer kepala org yg lalu lalang
huwaaa… aku tak sanggup nak tgk… baca jek pun dh menyayat hati…
ya Allah, kesiannya kt bdk tu..dunia akhir zaman aju…risau pk kan anak2 kt..dunia semakin kejam…
kt fb ramai btul org share pasal video ni..tp sampai la ni fieda tak sanggup lagi nk tgk…takut teringat ingat..cuma minta dijauhkan dari anak2 kita…amin..
ngeri tgk kat tv 3 malam tadi
Ina x leh tgk aju!! Rasa mcm disirat2 hati ni.. Tu yg trus emo tu mlm td.. Tgk muka aqil tgh tdo lena lg meleleh2 air mata ni aju.. Sggh!!!! Ya allah!!!
Oh pagi ini baru kakak dapat berita ini yg mungkin agak ketinggalan aju. Tak sanggup rasanya. Luruh betul hati kakak….
Bayi dikelar lagi. Tak tahu ada org susah nak dapat anak dia senang/suka je membunuh bayi. Sadis sungguh!!
xsngup tgk.takmau tgk..kesian
tengok berita malam tadi..sedih la!!
huh
menguji kekuatan mental dan fizikal tgk video ni
kesian tgk budak tu
harap pjg la umur dia
takut nak tgk…sedih sangat…
x berani nak tgk…hubby pun katanya tak sanggup nak tgk…
nauzubillah..
Tgk kat berita mlm tadi. Tak sanggup nak nengok, tgk pon dari sisi² mata jer. Kesian sgt. Mcm mana lah budak tu bley terlepas main tepi jln. Dah tu sorang pon tak tolong.
Kes baby kena kelar tu pon sadis gak. Tak perikemanusiaan dah.
Sungguh menyedihkn..
sadisnya sebuah kemanusiaan
kak ain mmg tak sanggup nak tengok..mahu nangis dibuatnye…
iols tengok pagi adi kat youtube….
ngeri sungguh
heran ngan manusia yg boleh buat tak tau saja….
tak ada ke rasa perihatin????
aduh,sekali jer sanggup tgk…
dah tengok kat tv3 semalam memang menyayat hati.. sedih dan kecewa….
berjurai air mata sya tgok semlam, siap peluk anak kuat!
kenapalah manusia skang ni…
huwaaaa