Adam dilaser gara2 selsema berpanjangan

Adam dah seminggu lebih batuk, 
dalam 2 hari ni nmpk better, 
kalau tak batuk mesti smpi termuntah, sian kat dia.. 
So semalam berkunjung ke klinik 
Keluarga Dr. Ghazali di AU5 Keramat, KL…
daku gagahkan diri drive dengan anak2 
tanpa hubby yang sentiasa outstation, 
berbekalkan roti kaya untuk tarik perhatian Adam
utk duduk diam dalam kete, 
Jarak 15minit rasa mcm 1/2 jam hehehe
syukurla diorg sekadar bergurau senda, 
tapi riuh jugakla, 
budak kan tak boleh duduk diam je..
sesampainya di klinik daku terus dpt jumpe doctor 
sbb patient belum ramai lg waktu tu..
doctor kata paru2 Adam clear xde bunyi kahak, 
tp kt bhgian belakang ada kahak skit, 
doc je tau sebab dia gune stetoskop tu, 
so dia kata kene tembak laser kt dada, 
berderau darahku ini, laser beb!!! .
Tak dpt byangkan mcmana prosedur dia, 
rupanya2 mesin tu cenggini rupa dia…
ada cahaya warna biru bila diarahkan ke dada Adam, 
daku dpt rasakan haba panas dari alat Sonotron tu, 
tak pernah lg jumpe alat ni even kt pakar..
katanya mesin ni costly about rm180,000…
sib bekla Medijaring cover, 
kalau nk byr cash mau rm50 ke rm80 skali treatment…
bile alat tu dihadapkan ke dada Dan belakang Adam,
ia dpt cairkan kahak Dan kahak tu akan 
keluar bersama2 najis buangan, 
proses ni perlu dilakukan 2 ke 3 kali pada hari berlainan, 
besok kene amik time off la kekdahnya…
actually member daku yg suggestkan klinik ni, 
doc kata tanda2 asthma cenggini lah, 
baik dirawat awal sebab rawatan asthma mmgla mahal kata doc tu, 
harap2 Adam akan segera sembuh, 
doc nasihatkan elak mkn or minum air sejuk, 
mandi air sejuk elak kene habuk…
klu ikutkan family kami mmg tiada asthma, 
semoga dijauhkanlah…mencegah lebih baik dari mengubat…
P/S : Gambar2 ini hasil tangkapan kreatif Najwa ^_^
BACA  Hari lahir ke 35, terima kasih atas ingatan

24 thoughts on “Adam dilaser gara2 selsema berpanjangan”

  1. alahai ciannya adam, batuk ye…wah aju, mmg canggih alat tu..x pernah tgk…mmg bagus la klinik tu.. irfan dlu 1st stage asma tp kena jaga betul2..alhamdulillah dah x der… yg risaunya bdk2 bila batuk + selsema mmg bnyk kahak, x pndai nk keluarkan…

  2. Pertama kali kakcik tengok alat tu di blog Aju ni. Mungkin kaedah rawatan yang baru agaknya. 🙂

    Semoga Adam segera sembuh sepenuhnya.

  3. LiLy @ MumMyQiStInA

    Sian Adam..nasib baik dia tak nangis time kena laser tu..Canggih betul alat tu..

    Moga cepat sembuh adam..

  4. ☆*♥L@dy @yU♥*☆

    ciannyer kat adam
    kebetulan my adam pow flu ngan cough gak….get well soon yer adam

    p/s::pandai najwa snap pic :))

  5. eh, ada ek rawatan camni….biasanya kalau ada kahak camni doc just bg ubat cairkan kahak je….

    masam je muka adam….monyok…:)

    pandai najwa snap gmbr..

  6. pertama kali ni tgk alat cenggitu..canggih kan skrg ni…semoga adam cepat sembuh..najwa pun pandai snap gambar…

  7. saya pernah ambil rawatan sonotron kat klinik ni untuk anak saya yg batuk hampir 2 bulan pada tahun 2008. masa tu dia umur 1thn.

    doc kata ada bronkitis dan nak jadi asma. so, kena ulang alik dalam 3 hari berturut untuk buat rawatan. lepas tu, batuk semakin berkurangan dan hilang.

  8. Salam Akak. Boleh saya dapatkan alamat klinik ni? Sebab nenek saya juga ada masalah kahak dalam paru paru. Susah nak batuk keluarkan.

  9. Rawatan sonotron bagus utk ank2 selsema n batuk..
    Mmg boleh rawat scra smulajadi dgn cepat.

    Sape2 area Bangi boleh ke
    Pusat rawatan sonotron tawakal
    019-4007258
    (Kene call Dulu buat appointment)

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: