Umum Aishwarya Rai selamat melahirkan bayi perempuan November 16, 2011

Spread the love

MUMBAI 16 Nov. – Bekas Ratu Cantik Dunia yang juga pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan (gambar) selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan di sebuah hospital swasta Seven Hills di sini, hari ini.

“Saya kini bergelar datuk kepada seorang bayi perempuan yang comel,” kata pelakon veteran, Amitabh Bachchan yang juga bapa mertua aktres jelita itu menerusi laman Twitternya.

Katanya, Aishwarya dimasukkan ke hospital tujuh bintang itu pagi semalam diiringi ibu bapanya, Vrinda dan Rai Krishnaraj; abangnya, Aditya; suaminya, Abishek serta ibu mertuanya, Jaya.

“Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Tuhan mempunyai caranya tersendiri dan ia merupakan anugerah yang istimewa daripadanya,” kata aktor itu.

Menurut satu sumber, Aishwarya dilapor menjalani pemeriksaan pada malam Sabtu dan petang Ahad lalu di hospital Seven Hills yang terletak di pinggir bandar Andheri, di sini.

“Kami sekeluarga berkumpul untuk menantikan detik kelahiran bayi tersebut dan ia merupakan kegembiraan terbesar bagi saya,” kata Amitabh.

Katanya, dia turut menerima ucapan tahniah dari seluruh dunia untuk Aishwarya.

Aishwarya 37, berkahwin dengan Abhishek, 35, pada April 2007. – AGENSI


Spread the love

Tags :

6 Comments

  • LiLy @ MumMyQiStInA posted on November 16, 2011 at 11:16 pm

    Tahniah..mesti cantik macam mak bapa dia.. 😉

    Reply
  • @e_da posted on November 17, 2011 at 12:14 am

    mesti comel giler anak diorg kan

    Reply
  • amiey lee posted on November 17, 2011 at 12:34 am

    sukaaaa sgt ngan aishwarya rai

    Reply
  • Qhaifa Nur posted on November 17, 2011 at 4:44 am

    dah bersalin rupanya…
    pasti comey dan cantik macam ibunya…

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on November 16, 2011 at 11:07 pm

    mesti ank dia pun cntik mcm dia nanti

    Reply
  • wan nurul hezrina posted on November 18, 2011 at 1:38 am

    mesti comel n pandai menari cam aish

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge