Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk sama2 menikmati keindahan alam dan kehidupan berkeluarga di samping menjalankan segala ibadah umum dan khusus kita, sempena tahun 2012 ini tentu banyak muhasabah diri dan persekitaran yang diperlukan bagi memberi perbandingan antara sebelum dan selepas azam kita dilaksanakan. Apakah azam kita tahun 2011 dulu semuanya tercapai? Adakah ada azam 2011 yang dibawa ke tahun 2012?
Tepuk dada tanyalah iman ye, uisshhh mcm ustazah Mashitah pula hehehhehe…..So just nak coretkan di sini azam2 yang akan dilaksanakan pada 2012 Insya Allah jika masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi ini.
Azam2 ku ialah :-
1. Mendidik anak2 menjadi orang berguna i.e. Najwa dah Darjah 1, Najiha tadika 5 tahun, Adam 2 tahun
2. Menurunkan berat badan ke 57kg, owh skrg 60kg, dah bertahun ni aju…owhhh hehehhe
3. Menjadi isteri solehah dan menjaga auratnya Insya Allah
4. Menjadi anak yang taat kepada emak dan membahagiakannya
5. Menjalinkan hubungan erat dengan adik beradik, saudara mara dan jiran tetangga
6. Menjadi pekerja yang rajin dan menjalakan tugasan mengikut peraturan i.e. peraturan dicipta bukan untuk dilanggar hahahhaha
7. Banyakkan bunga kat depan umah tu hehhee
Itu jelah dulu ek, kalau list panjang2 tapi tak berhasil tak guna jugek kan hehhehe…kawan2 pula apa ye azam tahun ini? semoga sama2 kita dipermudahkan untuk mencapai semua impian dan cita2 kita. Semoga Allah merestui dan melimpahkan rahmatNya kepada kita semua Insya Allah amiinnnn
P/S Salam tahun baru buat semua pembaca blog ini…PEACE YOO!!! hehehhe
selamat tahun baru aju..
mgkin sambung azam tahun lepas yang belum tercapai, hihihi
Moga Azam 2012 akan tercapai..
Selamat Tahun Baru Aju..^_^
Moga semua azam tersenarai terlaksana.
Selamat tahun baru 2012 aju..:)
thn ni kena lebihkan usaha utk siratu. dia ni bab blajar mmg nampak malas skit. so akak kena push dia selalu baru jalan.
bab nak turunkan berat badan tu mmg azam thn ni. semlm en. abah dah merungut soh akak turunkan berat badan, dah nampak gendut katanya, hampeh btol la. satu cabaran pada akak ni, mmg kena lebihkan usaha utk jadik kurus…hehehehe
anyway happy new year dari akak sekeluarga
semoga tercapai ye aju..fieda ni nak turun berat gak ke 47kg baru la sesuai dgn ketinggian..huhuhu…ni orgnya rendang tp berat 52 kg..tak sesuai…
camno nak kuruih baru lepas bantai zinger burger pastu nak mkn nasi pulok ni..adohai..
izan doakan semua azam aju akan tercapai utk thn 2012 ni…
izan pun sama… impian nak turunkan berat badan ke 55 kg macam terbantut je.. dok pulun makan tak sudah2…huhu…