Borang permohonan bantuan RM500 rakyat Malaysia bagi isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3000. Permohonan borang Bantuan RM500 boleh didapati dan dimohon mulai 10 Disember 2011 ini. Tempoh pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 adalah selama satu bulan.
Borang Permohonan Bantuan RM500
Borang-borang pendaftaran untuk Borang Bantuan RM500 boleh didapati secara percuma mulai 10 Disember 2011 ni di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.
atau:
Download Borang Permohonan Online
Link 1-Borang BR1M Lampiran 1
Link 2-Borang Br1M Lampiran 2
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
Syarat Permohonan Bantuan RM500
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
Warga emas sebatang kara
Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.
huhu, cam tak layak je…
semalam gatal je tangan dail talian ni w/pun sedar diri memang tak layak
pendapatan ini dikira dari gaji pokok n dicampur ngan pelbagai elaun2 yg kita dapat. Lebih je RM1, secara automatiknya sistem tendang
Baguslah blh download onlinekan.. senang sikit kerja..^^
boleh download online je kan. tak payah la nak beratur panjang2.