Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.
“Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan,โ katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.
Ahmad Husni berkata, orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.
Menurutnya, sehingga Khamis lepas, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri telah menerima dua juta borang permohonan BR1M daripada orang ramai dan sudah mula memproses permohonan tersebut.
Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Januari 2012. โ BERNAMA
duit oh duit…sapa tk nk…RM500 tuu…:)
rezeki jgn ditolak..
huhu beshnyer rm500 banyak gak2