November 30, 2020

De’ Chiengmai Thai Seafood Restaurant, Sungai Buloh

De’ Chiengmai Thai Seafood Restaurant, Sungai Buloh. Ini adalah salah satu restoran feveret kami. Kat sini yang paling best pastinya tomyam dan butter prawn.
Anak-anak pun suka sangat masakan kat sini. Bila kata dah gaji je mesti diorang request datang sini lagi.
Bila anak-anak request serba salah pulak kalau tak tunaikan. Selagi ibu abah mampu, Insha Allah bolehla tunaikan.
   Sayur Campur
Kalau tanya anak-anak apa yang diorang suka makan. Dah tentu jawabnya butter prawn. Dah tentulah sebab menunya tak pedas kan. Manis manis lemak gitu.
Oklah itu menu anak-anak. Kalau tanya saya dan suami pulak. Kami dah tentulah sukakan tomyam, somtam, ikan tiga rasa dan sayur campur.
Hahahah semua pun sedap kat sini. Sebab sini adalah restoran masakan thai. Kalau tomyam ni memang powerlah di kedai tukang masak thai kan.
Semua pun rasa. Ada pedas, masam, masin dan manis sikit. Sekali hirup tu memang terbaiklah rasa dia
Somtam
Tom yam campur
Lepas tu nasi dia pun sedap tau. Yang ni tak lain tak bukan mesti pakai beras siam. Memang sedap tau. Makan nasi kosong pun dah sedap. Hahaha.
Bila nasi dicampurkan dengan lauk dan sayur yang kami order ni. Hmmm terlena sekejap kesedapan.
Bila makan kat sini kami selalu order air longan. Longan dia ni bukan biasa-biasa. Tapi yang jenis rangup dan sedap.
Butter prawn
Yelah semua sedaplah kat sini. Dari nasi, lauk, sayur dan airnya. Perghhh sebab tulah kami suka sangat datang sini. Kalau korang nak makan sini memang saya really recommended.
Parking senang, orang pun tak sesak. Makan tenang je walau datang dengan anak kecil. Memang puashati dengan harga makanan yang korang bayar.
Buah longan yang crunchy
Ini alamat penuh retaurant ni ye
No. 34 Kampung Sentosa Batu 13
Sungai Buloh, Selangor 47000
Malaysia
tel: +60 603-61563225
Total makan kat sini RM90
Terletak di Bukit Rahman Putra Sungai Buloh,
Suasana restaurant memang privacy dan aman
Rupa bentuk yang menarik dan kemas
Makanan pon sedap!!!!

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

21 thoughts on “De’ Chiengmai Thai Seafood Restaurant, Sungai Buloh

  1. sayur tu sangat sedap..amy penggemar sayur…

    p/s: amy lupa template ni nanti amy try godek kat html dah dapat amy sent kat awak ye..hrmm..jom sertai contest sinar raudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: