Hytex Warehouse Sales memang berbaloi

 
Sibuk melipat baju masing

Memang setiap tahun Hytex Warehouse ni mengadakan sales ujung tahun. Dan biasanya daku takkan melepaskan peluang ni untuk mencari baju harian anak2. Baju dan aksesori kanak2 dan bayi dari pelbagai peringkat umur memang banyak di sini. Jenama World of Cartoons, Walt Disney, Tenderly dan macam2 watak kartun lagi. Dah kata dekat dengan umahku memangla kene terjah.
 Rezeki kamu anak2
Kami berempat ke sana pada Sabtu lepas. Biasalah abah kan kerja. So daku yakin boleh bershopping dengan anak2 ni sebab diorang pon dah besar. Daku bawak RM150 jek sebab takut overspent nanti. Sesampai di sana memang puas hati sebab banyak sgt pilihan. Dari barang berharga RM1 sehinggalah RM20. Membuat mataku menjadi rambang hihi…
 Sehelai RM 5 Sahaje hehehhe
Cepat2 capai bakul sorang satu then bagi Najwa dan Najiha bawakkan, daku mcm biasa dukung Adam. Uishhh lengus tangan dukung si kecik ni. Dengan sebelah tangan memilih2 baju untuk anak2, daku tengok cantik dan elok terus campak masuk bakul. Jumpe cantik je campak dalam bakul hehehhe…
 
Sesuai untuk basahan di rumah
Pada daku memang berbaloi sebab dengan hanya RM56 daku dapat 12 helai baju tu…Cukupla untuk ditukar di rumah daku dan pengasuh. Anak2 semakin membesar baju lama semakin mengecil hehehe…puas sangat hati ibu ini sebab belikan baju murah tapi cantik untuk anak2 ibu.
 
Najwa
 
Najiha
 Baju Adam sehelai RM3 je hehehe

Sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Kepong bolehla terjah warehouse sales ini ye..ini detailsnya…Memang recommended, tapi korang kene pilih2 lah ye sebab ada yang kotor sikit, ada yang koyak sikit, so kalau koyak pon tak nmpk sgt still nampak cantik lagi…inilah dia belanja secara berhemah hehehhe….

17&18 Dec, 24-25 Dec, 31Dec-1Jan

Hytex Warehouse Sale

Best Price!

Brands Offered
Tenderly
Issue
Looney Tunes
Disney
Winnie the Pooh
Time :
Sat & Sun : 10am to 6pm
Location 
Hytex Garments Sdn Bhd
Lot 11 & 12 Taman Ehsan
Jalan E1/1
Kawasan Perindustrian Taman Ehsan
Kepong
BACA  Imbasan Pendaftaran Tadika Lil Caliphs Sri Gombak

19 thoughts on “Hytex Warehouse Sales memang berbaloi”

  1. tmpat ni la yg hb akk duk sbut2 ms shopping kt sogo ari tu….
    ok nak trjah ths wiken insyaAllah… jom blanja bhemah hehe..

  2. pernah g sekali tp macam baju2 dia dah x berapa nak elok.. maybe g dah penghujung2 baju dah xde yang elok2..

  3. assalamualaikum

    jenguk kawan lama… moga sihat sokmo

    time dok ceras slalu gak ada kat jualan perabih duit bonus ni kat taman shamelin

  4. hadoi.. asek tgk org soping kat hytex jek. jeles ai tau.. skrg dah menggelupur nk cari baby baby gegirl. raissa asek pakai baju abg2 dia, org ingt dia boboy hihihi!! haritu msk kedai bj baby kat tanjug, mak datuk mahal. selalu ke hytex buat sale gini?

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: