Savvyku kemek | Handbreak tak kemas

Adduiii remuk hati ini
Kejadian berlaku petang semalam selepas pulang dari kerja, amik anak2 di rumah jiran dan macam biasa park kereta di porch kereta umahku. Keadaan porch yang sedikit berbukit telah menyebabkan kejadian mengguris hati ini berlaku. 
“Macam biasa selepas matikan enjin kereta, turun dari kereta tutup pintu untuk keluarkan anak2 dan beg baju mereka. Tetiba kereta terundur perlahan menyebabkab daku cepat2 bukan pintu dan masuk ke dalam untuk memberhentikannya. Apakan daya pintu kereta yang dibuka telah tersangkut pada tembok pagar umahku tanpa dapat diselamatkan”. KRAKKKKKKK…..begitu juga remuknya hati ini!!!
Huwaaaaa SAVVY kesayanganku cedera teruk..Sedihnya tak terkata, pujuk hati, terimbas apa dosa daku hari ini…Astaghfirullah, memang malang tak berbau kan..Bile ingat2 balik daku buat rutin ni dah bertahun2, tp kejadian ini memang tak diduga, handbreak tak berapa kemas. Padahal dah bertahun2 buat rutin yang sama tu..
Porch umahku yang tak berapa berbukit, tapi dah nak jadi kan, jadik jugak. Memang hati ini remuk tapi sabar jela. Hubby kata takpela, redha..Yolah redha yolah kan huhuhu…Kejadian ini tidak disedari oleh jiran2 kerana ianya berlaku secara senyap tanpa jeritan meminta tolong hahahhaha
Keadaan pintu kete selepas hubby dah betulkan dengan ketukan manja huhuu…sabar ye SAVVY nanti ibu tukar pintu baru hehehehhe…huhuhu mood sedey today, tapi blog ceria hehehehe
BACA  Ini semua kerja suami ku

21 thoughts on “Savvyku kemek | Handbreak tak kemas”

  1. alahai aju….akak tengok pun sedih.

    Takpe aju, lepas ni tukar pintu dan tukar kaler sekali ya..:)

    berwajah baru blog aju ya, tambah ceria gitu…:)

  2. olo…ciannya savvy tu..xper nanti ibu hntr pi sepital yer…hehehe

    aju nak letak banner aju kena klik dulu kotak iklan tu…pastu aju letak url blog aju..pahtu url gambar tu..nak dapat url gambar banner tu aju cuma right klik kt gambar banner tu dan tekan opened image in new tab…fieda letak dulu banner aju..nanti aju try letak kt tmpat2 lain yg ada ruang iklan free…

  3. alahai, sedihnya aju….
    benda nak jadi…tu la tengah panik kan, mesti kita nak cepat2 masuk…
    syukur anak2 xde kat blkg kete…
    mungkin ada hikmahnya…

  4. sabar jer laa..dah nak jadikan..nak buat mcm mana..

    kak ain pernah jugak terkene mcm tu…habis kemek kete..

    nak nangis pun ada tapi dah silap sendiri senyap jer laaa…

  5. aju…takmo sedih2 ye. benda dah nak jadi. redha aje. nnti boleh tukar pintu baru…

    suka masuk blog aju skrg. ceria!

  6. boleh tahan kemeknya..
    kalau ai pulak.. soalan pertama dari en. suami, anak2 ok tak, awak ok tak? pastu dah ok, baru dia tanya keadaan awek dia.. 😉

    nasib takde pape kan.. memanglah sedih tengok ketidakcomelan dia tapi bersyukur anak2 bukan berada di belakang kereta..

  7. Alah sayangnye. Sib baik anak2 x de kt blkg kete. Lain kali hati2. Dah qada dan qadar smlm gitukn. Nk buat cane. Terpaksalah redho. Ada hikmah disebaliknya tu. Sian jun…

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: