Anak2 steady jek, ibu dia yang nangis *_*

Daku cuti lagi hari ini, mengajar Najwa pergi dan balik sekolah naik bas. Jemnya depan sekolah time nak balik tu usah katalah kan, hati ibu mana yg tak risau tgk anak2 mereka merentas motor dan kereta untuk naik bas…Najiha ok lagi sebab naik van depan pintu umah pengasuh dan balik cikgu tengokkan Najiha. Najwa yang daku risaukan.. Moga2 mereka selamat pergi dan pulang dari sekolah.

Anak2 memang seronok nak sekolah, tak nangis!!! Alhamdulillah, tapi ketahuilah olehmu anak2, ibu menangis sepanjang pulang dari menghantarmu ke sekolah, ibu risaukan kamu, mana pernah nak lepaskan kamu sendirian ke mana2 tanpa ibu, sesungguhnya ibu sayang walau ibu selalu marah2.

Ibu sayang kamu semua!!!! Moga Allah selamatkan perjalanan pergi dan pulang dari sekolah, moga terang hati dan lancar pertururanmu… Maaflah ibu memang sensitive…..*_*

16 thoughts on “Anak2 steady jek, ibu dia yang nangis *_*”

  1. Semua ibu-bapa punya perasaan sama. Kakak dulu seminggu bergilir dgn hubby tengok dari jauh nak lihat macam mana dia balik sekolah sebab bas/van semuanya kuning. Kalau pergi kami hantar…

    Insya-allah anak-anak pandai dan tahu aju..

  2. hati ibu mana tak risau, tapi kena letakkan kepercayaan pada anak tu aju. InsyaAllah mereka boleh, plus kita pun kena selalu berdoa moga anak2 kita sentiasa di bawah lindunganNya.

  3. ☆*♥L@dy @yU♥*☆

    rasa nyer smeua ibu gituew
    ai pun mcm tue gak 1st time hantar adam gi tadika last year…takut dia x paham cakap etc…but alhamdulliah ok jer

  4. setiap ibu-mama-emak akan lalui juga keadaan seperti ini…
    iols dulu juga – masa mula2 anak iols naik bas sendiri pegi dan balik ke sekolah…
    risau bagai nak rak!

    insyaallah aju – selamat dan ok nanti tu!

  5. huaaa belum rasa lgi…. takut plak kan..yela nak lepaskan sarah n ashraf nnti… tapi emy dh cop tadika depan umah mak emy aja..heee senang sikit..

    cuma sek rendah nnti cmner la hmmm

  6. LiLy @ MumMyQiStInA

    suatu hari lily pun akan alami situasi macam aju ni..lagi2 Qis ni tak pernah berpisah langsung ngan lily..berkepit 24jam.. 🙂

  7. LUCU PULAK BUI BACA NI..HIHI..INGATKAN ANAK 2 NANGIS,RUPA2 NYA IBU NYA YANG NANGIS..

    TP BUI PERNAH ALAMI PERASAAN MCM NI MS MULA2 NAK HTR ANAK G NURSERY DULU..TP LEPAS TU DAH BIASA,OK JER..

  8. alamak.. akak lupa yg akak pakai sms je bg tau kat akak van minta ambil dan hantar iman dari taski… entah kenapa akak x kisah,..padahal dalam hati kalau boleh nak temankan iman sepanjang hari pertama dia, tp mama banyak kerja dan mama tau iman kuatttt…

  9. perasaan yg sama dialami oleh mana2 ibu kan aju. tak boleh nak lari perasaan risau tu semua. yg penting kita doakan setiap langkah perjalanan anak2 dlm menuntut ilmu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: