
Cer teka apa yang bercahaya tu? hehehe
Malam minggu kelmarin kami sekeluarga ke Putrajaya, kali terakhir pergi masa Pesta Floria yang lepas. Hubby saja nak bawa kami anak beranak menikmati pemandangan malam di sana. Selepas menunaikan solat maghrib di Masjid Putra, Putrajaya, mata terpandang Dataran Putrajaya yang luas ini. Sedang elok ajak anak2 bermain dan berlari tanpa sekatan.

Anak2 suruh abah terbangkan mende tu
Anak2 ini umpama terlepas dari genggaman kuku besi ibunya hahahhaa…berlari sana sini, happy sangat dapat menggembirakan diorang. Beli permainan terbang RM5, berlampu dan terbang tinggi bila dilepaskan…Bermulalah adegan kejar mengejar adik beradik, Adam yang paling comel sebab terkedek2 je larinya…Tq abah, moment yang paling berharga buat kami..

Adam menunggu untuk berlari..hehehe
Seronok tak terkata sebab kami semua dah lama tak keluar malam2 ni, ada jugak duk ajak abah gi jenjalan ke KLCC melihat lampu2 dari dalam kereta. Tapi abah tak mahu bersesak2 di kotaraya yang sibuk tu.

Ramai yang datang meluangkan masa bersama keluarga di sini, bawak scooter kanak2 tu, berbasikal dan ber roller blade dan sebagainya. Pemandangan lampu2nya memang cantik sebab dari dataran ni bleh nampak jambatan Putrajaya tu..

Hari ini dan besok daku outstation ke Johor. Membantu usahawan2 bumiputera di sana. Ibu tinggalkan anak2 dengan jagaan pengasuh (jiran) dan abah ye…ibu rindu semua anak2 ibu…heheeh dah lama tak berjauhan dengan diorang, rasa rindu sangat2….

Last but not least, mucuk ibu…
sini if mlm mmg malas nk kuar sebab sejuk giler…lepas maghrib tue better duk dalam umah diam2 if not boley demam…u tinggal kat putrajaya ker??
wahhh outstation..take care ok..
aju kita main benda terbang2 tu kat kuching heeee
Seronokkan dapat menyeronokkan anak2… minggu ni x dapat bawak anak2 jalan2 sbb nz g kursus… jauhnya ko g outstation ju…
Adam mestilah yg paling seronok tengok kakak-kakak mengejar bendlah terbang itu Aju.
Aju di JB bermalam di hotel mana?
rajinnya bwk anak2 main kt situ..sejak dh buka lps renovate haitu tk pgi2 lg..
bestnya bawa anak jalan2 kat sana..
senang hati bila tgk anak2 seronokkan..kat putrajaya mmg cantik klu mlm kan..
GMBR LAST TU,LIKE MOTHER LIKE SON..HEHE
seronoknyer anak2…aju.. rindu aju gak..ptut la arini tak dtg umah fieda..
seronok diarang tu semua yee..
cubit mucuk ibu boleh…comeljer kan…dah lamer tak beriadah malam cenggini teringin gak…
bestkan habiskan masa dgn keluarga…seronok bangat
bestnyer malam2 lepak kat dataran putrajaya tu..da lame x pegi..:)
bestnya jenjalan….mainan rm5 pun blh buat anak2 seronok kan aju…
sama la kita…hubby aanie os ke johor gak nanti…huhuh…
Kak Nurul wlpn tinggal Putrajaya jarang lepak kat dataran nie…..(mana nak lepak klu hari minggu je terus shoot ke kpg)….
memang hepi bila tgk anak2 enjoy macam tu..
kakyong tak pernah lagi berjauhan dgn anak2 lebih dari 4 jam.. dulu masa kerja, pernah lah jugak Anis & Fikri kena tinggal dlm 4 hari mcm tu… now dah hampir 4 tahun tak pernah berenggang dgn anak2..
SY YG bc entry ni pun dh dpt rasa keseronokannya 😉
mesti diorang suka bebas berlari tmpt yg luas hehe… mlm2 sejuk sikit sini,nk gi siang adehh panas!
eh eh..kite pun suker lepaklah kat dataran tuh..kan bagus kalau terjumpa ngan aju=(teringin gak nak sua muka=)
Bestnya Aju!!!
Tenang sesekali beriadah mcm ni kan?! 😉