
Wahh hubby daku teruja sangat dia nak menderma darah, nak pulak dengar dalam berita hospital kekurangan bekalan darah ni. Kami laki bini ni darah jenis O +ve, pemurah bukan? hehehe…so dia duk melilau cari mana tempat nak pi derma darah ni, last2 kitaorang pegi Pusat Darah Negara kat Jalan Tun Razak tu je. Ingatkan cuti umum tak bukak, rupanya 2/1/2012 aritu diorang beroperasi macam biasa jek…hari tu kan cuti carry forward New Year 2012 tu kan, hari tu jugak Orientasi Darjah 1 Najwa. Orang tak ramai pulak tu..Tapi daku salute sangat2 sebab orang Malaysia memang prihatin. Tak kira bangsa dan agama, semua sukarela datang nak membantu mereka yang memerlukan. SYABAS!!!

Senang jek proses dia ni, mula2 kita kene daftar kat Kaunter diorang ni dulu. Amik no. isi borang, kat borang tu mcm2 soalan ada, yang takde soalan matematik dan sains jek hehehhe…sowey cik senah gurau jek..soalan dia mestilah berkaitan tentang peribadi kita, tahap kesihatan kita, penyakit kalau ada, alergi kalau ade, kalau takde takpe diorang tak marah punya, suke lagi adeee hehehhe…

Pastu, diorang akan suruh kita timbang berat badan, laki den terkejut berat dia tu banyak sangat hehehhe…alahai, terkejut ke buat2 terkejut?? cik senah konpius hehehhe…takpelah janji berat cik senah okeh sudahlah hahahha…ade hati jugak daku ni nak derma darah, yelah last time derma masa tingkatan 4 dolu2..uishhh 14 tahun sudah berlalu..hiks hiks hiks korang tau umur cik senah!!! hehehhehe…..so nerves tu totap adoo, biarpun anak2 duk berlari ke hulu ke hilir, ibu abah dia wat relax jek, konon2 nak redakan ledakan debaran di hati, yelah sapa tak nerves tengok jarum, tengok darah ye dak? jangan pengsan dalam tu sudah hehehhe

Pastu yang sedihnya Breastfeeding Mommy is not allowed to derma darah okey!!! hahhaha daku LEGA!!! eiii tak sesuwai kan? hahahha dah hilang nervous daku, hubby jek yang berdebar2 hahaha…relax2!! kool…pastu bila nombor kita dipanggil, diorang akan minta kita masuk ke dalam bilik khas untuk penderma2 darah ni, bebudak tak dibenarkan masuk. So daku and anak2 tunggu kat luar je, kebetulan katil hubby dekat dengan tingkap, blehla daku snap gambar hubby..


Tak lama pon nak penuhkan satu plastik darah tu, dalam 15 minit mcm tu je, pas siap tu, hubby diminta untuk makan makanan yang diorang dah sediakan. Mee goreng, air milo panas, roti, buah epal. Bagus kan? Ade orang tu siap dapat anugerah lagi sebab dah derma darah 111 kali tau..owh ye, ada gap jugak nk derma tu, jaraknya mesti 4 bulan dari tarikh kita derma darah then baru bleh derma lagi sekali. Yang kelakar yang beria makan makanan tu adalah anak2 ku yang comel2 itu hehehhe…lapar ngalahkan abahnya hehehhe…akhirnya tercapai hasrat abah nak derma darah…good job bang!!!
kak aju, sy tk pernah derma darah..rsa mcm tak cukup darah je nak derma ..ekekeke.. dulu pernah jgk ada hari derma darah kt tmpt belajar..rmai kawan yg derma..tp time tu sy period plk..nurse kata tk blh derma..hihi
Kakcik pernah menderma darah sekali sahaja, kemudian dah tak layak menderma disebabkan beberapa faktor. 🙁
seumur hidup Tak pernah derma darah..^^
huhu, x pernah derma darah. ms sek dlu berat x ckup tp skrng dh lebih berat pn hehe.. sbnrnya taakuut jarum jer lebih… bagus la hb aju g derma darah…hb sye mau pengsan tgk darah…+_+
huda x penah dpt derma darah kak..asal nak derma je darah rendah 🙂 anemia 🙂
tak pernah derma darah lagi…
suami saya pon rajin derma darah ni..pantang dengar, tapi isterinya ni masih lum berani..hehehe
aku tak pernah derma darah weh…cuak…hehe…tapi laki aku penderma tegar dulu…tapi bila hubby disahkan pembawa talasemia, dia terus kena stop menderma darah….huhu…
anyway, aku sgt respek pada org2 yg menderma darah ni…byk pahala tu…
en. abah memang suka kalo bab derma darah ni. dia dah slalu menderma. akak ni aje yg penakut sgt
aduh.. kak, sye tak pernah derma darah..takut jarum nye tajam… heheheh.. dpt sijil tak? org follow blog akak okeh…
tak penah derma darah seumur hidup..darah sendiri mcm tk mencukupi je..huhuu tp breastfeedung mommy tokleh ye..arghh lega..
bagus la kan lps derma darah dorang bg mkn sedap gitu..
aju… izan pun seumur hidup tak pernah derma darah. dulu2 masa kat ukm ada hari derma darah, berani tgk dari jauh aje. penakut pun ye diriku ini… huhu…
tahniah utk en hubby aju… berani!
nurul tak pernah derma darah..nnt nak try sekalilah..pening tak bila bis derma?
Tak pernah derma darah lagi lah aju. Keluar darah lagi adalah…hahahahah…
fieda tak pernah derma darah….takut la…tgk darah pun dh nk pitam..
saya pun tak pernah derma darah..suami pernah derma..bagus juga if kita derma darah ni..nanti kesihatan lebih bagus..
aanie pernah derma darah sekali…hampir pitam sebab tertengok darah sendiri…
iols dulu memang pegi derma darah ni – 3 kali setahun gitu lah…
skang ni dah tak bleh – sebab ada darah tinggi…
rugi rasanya tak leh menderma darh ni…
BUI TAK PERNAH LAGI DERMA DARAH..TAKUTTT…
nak kena cucuk amik darah pon tak sanggup… sakit!
tak pernah derma darah…
Ngerinya kakak kalau sebut derma darah. Tapi bagus kan Aju. Ganjaran dunia dapat, ganjaran akhirt pun dapat…
Yg makan hubby ke anak-anak hihi…
Syabaslah Aju ngan hubby dtg ke centrenya sendiri nak dermakan darah,klu tpt kakak Nurul dlm sethn ada sekali dua diadakan kempen menderma darah.
sy xprnh derma pun sbbnya berat saya tak pernah cukup… sampai skrg masih di level kurang berat… adehhhh
say suka derma darah…heheh
buku say nak penuh dah
Aju! Rasa nak nangis je bila tgk kesudian penderma2 darah ni.. Sggh!! Ina x tipu.. Sbb bg ina & mereka yg betul2 memerlukan saban waktu kami rasa terharu sgt.. Syukur!! Kerana darah kalian kami msh mampu truskan berjuang.. Td pegi spital deme kata tabung drh kekurangan drh.. Risau sgt ina td takut esok stok drh x ada.. Alhamdulillah! Ada darah utk rutin ina esok.. Syukur! 😉