Najwa anak ibu dah besar, Alhamdulillah dah sekolah darjah 1, tiba2 ibu jadik sebak…ishh bukannya tengok citer Ombak Rindu nak sebak2 kan? hehehhe…bukan apa rasa sayu tengok anak dah sekolah, makin hari anak2 makin membesar rindu pula pada kenangan masa kecil mereka. Jadi hari ini jam 10 pagi – 12 tghari merupakan sesi Orientasi Darjah 1 sesi 2012 bagi SK Sri Gombak 1.
Lihat sahajalah gelagat anak2 ini, bagi yang sudah biasa ke Tadika mesti dapat menyesuaikan diri kan, kadang2 ada juga anak2 yang masih rasa tidak yakin tanpa ibu bapa di sisi. Masa di tadika murid mungkin tak ramai kan, so rasa secure dengan jagaan guru2. Bila masuk alam sekolah rendah, suasana berlainan dengan bilangan murid yang ramai dari pelbagai peringkat usia.
Najwa memang tak sabar nak ke sekolah, ibu harap semoga anak ibu rajin2 belajar dan mendapat didikan dengan mudah dan terang hati. Hari ini ibu rasa ibu semakin tua, anak2 ibu dah besar2…Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk melihat kejayaan anak2 ini.
Ibu dan abah serta adik2 bangga terhadap mu sayang Najwa!!!!!
<lEHpYGgHN7A/TwE4HCy5JVI/AAAAAAAAC20/YKA7enPRAZI/s640/blogger-image-1458079531.jpg” imageanchor=”1″ style=”margin-left: 1em; margin-right: 1em;”>
Kalau aju masuk tahun satu dah sebak, kakak nie anak no 2 masuk tingkatan satu kena duduk asrama lagilah memang tak tahan aju. Bila makan airmata mesti luruh… dah rasa masa kakak dia ke asrama dulu macam itulah yg kakak rasa…
mmg sebak n sayu…
tak sangkakan, anak kite dh beso..
esk anak sy pun akn msuk pra skul..
mak ni sgt2 la ober eksaited + terharu..
camne la esok, hrp sume ok2 aje..
dh la my doter lom pernah berpisah ni.. haisssshh.. ;-p
Good girl Najwa..bersemangat jer tgk dia..
Tak sabar juga nak tunggu Qis sekolah..macamanalah agaknye.. 🙂
najwa memang nampak relax sgt. bagusss. esok siratu pulak pendaftaran murid darjah 3
Kita pulak anak masuk tadika pun sebak…hihihi
kenapa akak tak nampak gambar2 najwa ni aju…huhu. Ke sebab guna google chrome ni..aduhai, tensen tak leh tengok gambarnya lak…:(
aju, dah besarkan anak aju..bila dah masuk sek ni, rasa sebak memang ada kan..risau pun ada gak …mmm..tak sabar nak tunggu anak2 ayu plak..
samalah rasa kita aju. izan dah lalui masa abg muhaimin darjah 1 dua thn lepas… rasa macam tak percaya anak dah pun sekolah. umur pun makin meningkat…
insyaAllah…aunty izan doakan najwa belajar rajin2 kat sekolah nnti ye.
Comelnya anak dara aju.. Slmt msk ke alam persekolahan sayang.. 😉
tahniah.. anak dah darjah 1… semoga seronok belajar di sek baru..
makin anak besar maksudnya makin kita tua tau…huhuuuu
najwa nmpak matang lah, rilek je dia kan…
good girl!
biar seronok sehingga ke penghujung tahun ye najwa.
Najwa, sudah besar yee..belajar rajin2 ye sayang….
alololo dah masok sekolah yer sayang najwa=)cumil!bum bum pipi2=)aju bekal kan tak dia?
comelnye najwa…:-)
anak kita sebaya…my Danish orientasi pg tadi…di SK Jln 4 BAndar BAru BAngi