Permohonan pertukaran MRSM.
Tahniah kepada anak-anak yang telah terpilih untuk belajar di MRSM. Bukan senang nak dapat peluang sebegini.
Saya ada terbaca antara pengalaman ibu bapa yang berkongsi pengalaman menukarkan MRSM anak mereka. Tapi apapun wajib mendaftar di MRSM asal terlebih dahulu, baharulah fikirkan untuk tukar.
Selalunya urusan boleh dilakukan dengan menghubungi MRSM HQ dengan menghantar surat pertukaran. Surat rasmi tersebut boleh di alamatkan kepada Bahagian Pertukaran Pelajar (MARA HQ).
Di dalam surat tersebut wajib dinyatakan alasan kenapa ibu bapa mahu membuat permohonan pertukaran MRSM. Antaranya atas alasan faktor tahap kesihatan anak-anak. Ada juga yang menyatakan faktor jarak yang jauh agak sukar untuk melawat anak atau jika ada hal kecemasan.
Tetapi adalah dinasihatkan supaya berbincang terlebih dahulu dengan pihak Pengetua. Ada juga yang menyatakan pertukaran ke MRSM lain boleh isi borang pertukaran di MRSM masing-masing.
Borang yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Pengetua untuk urusan selanjutnya. Apapun semua proses pertukaran adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat di MRSM yang dipohon, aliran yang dipohon mestilah sama.
good luck dan selamat belajar
boleh suka2 tukar ya sekarang. Dulu zaman akak tak sibuk pun nak tukar2, dapat je pergi jelah…
ada kelonggaran sekarangnie..oklah2
MULAI 2012.. TIADA LAGI PERTUKARAN.
SEMUA PERMOHONAN PERTUKARAN DIBEKUKAN.