TENAGA Nasional Bhd (TNB) memperkenalkan satu lagi perkhidmatan baru kepada pelanggan berasaskan web melalui sistem e-Application iaitu satu aplikasi web yang membolehkan pelanggan memohon bekalan baru tenaga elektrik secara dalam talian dalam usahanya meningkatkan kecekapan proses permohonan bekalan.
Penggunaan sistem e-Application ini juga dapat membantu pelanggan memantau status permohonan dan pengesanan dokumen secara dalam talian pada bila-bila masa, katanya dalam satu kenyataan.
Ini dapat membantu pelanggan mengetahui tindakan susulan jika diperlukan daripada mereka untuk mempercepatkan proses permohonan bekalan baru ini.
E-Application juga mempunyai ciri terbaru iaitu perkongsian maklumat pangkalan data Suruhanjaya Tenaga terhadap kontraktor elektrik berdaftar yang mempunyai lesen yang sah.
Pengguna juga boleh membuat pilihan kontraktor elektrik melalui sistem ini dan ini mengurangkan risiko menggunakan khidmat kontraktor yang tidak sah, kata TNB.
Sistem e-Application ini akan diguna pakai sepenuhnya oleh Pemaju Perumahan mulai 1 Januari 2012.
Kontraktor elektrik dan juga pelanggan individu boleh menggunakan sistem ini dengan mendaftar secara online melalui https://eapplication.tnb.com.my/Public/Register.aspx
Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Eksekutif TNB, Datuk Azman Mohd, berkata sistem berkenaan membantu pemaju menguruskan permohonan bekalan elektrik dengan lebih cekap dan membantu TNB membuat perancangan awal sistem bekalan yang diperlukan oleh pemaju projek perumahan.
Pemaju Perumahan yang belum berdaftar dengan e-Application boleh mendaftar melalui https://eapplication.tnb.com.my/Public/Register.aspx
Untuk memantau status permohonan untuk projek secara online, pengguna sistem boleh memantaunya melalui https://eapplication.tnb.com.my/Public/ProjectStatus.aspx
TNB turut menyediakan pakar isu khusus di setiap negeri untuk membantu pihak pemaju dan pengguna sistem dalam menangani sebarang isu atau pertanyaan berkaitan e-Application.
Mereka boleh dihubungi melalui senarai mengikut negeri di https://eapplication.tnb.com.my/Public/SMEList.aspx
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai e-Application, pengguna boleh menghantarnya ke alamat emel eapplication@tnb.com.my atau hubungi Careline TNB (Pusat Pertanyaan Setempat) di talian 1300-88-5454. โ BERNAMA
semua di hujung jari sahaja..
๐
Wah..makin maju