
Kue teow kicap lebih hehehhe
Sarapan memang penting untuk kita kan, sebenarnya dah dua hari daku dapat seru untuk masak bekal anak2 ni. Najwa selalu request kue teow, Najiha pulak kadang2 kue teow dan kadang2 nak naget. Untuk tidak menghampakan keinginan anak2 ibu ni, ibu gigih jugakla bangun pukul 5.00 pagi untuk siapkan sarapan kamu ni. Bahan2nya daku memang dah siapkan weekend lepas lagi. Blend onion dan garlic dan letak dalam bekas, simpan dalam fridge, nak guna just campak je dalam kuali kan..Mudah bebenor…
Ini bekal Najwa untuk ke sekolah agama KAFA, kalau petang daku bekalkan RM2 untuk Najwa beli nasi dan naget atau air. Hari2 memang bekalkan air masak, jimat seringgit kan. Itupun kekadang RM1 Najwa beli nasi lemak, RM1 lagi beli eskrem, nak marah jugak, tapi mengingatkan daku tak beri duit belanja kalau ke sekolah agama, daku maafkan jugakla.

Naget Ayamas
Macam bahan tumis seperti ayam dan naget ni awal2 daku dah turunkan dari freezer ke fridge malam tadi. Senang nak goreng sebab dah lembut kan. Bila dah goreng, lebih tadi simpan semula dalam freezer. Dalam 2 hari ni semangat ibu masih berkobar2 lagi hahahhaha…
Abah pulak ke Perak macam biasa, ibu rasa sejak bangun awal setengah jam dari hari2 biasa ni, kehidupan lebih terurus cheh cheh cheh…Susun beg2 sekolah depan pintu, baju sekolah dan kasut. Tidakla kelam kelibut kalau jam dinding menunjukkan jam 7 pagi kan.

Macamana pula menu anak2 anda ye? semestinya bermacam2 jenis menu kan, daku wat simple mimple jek, yang ni pon daku limit masa untuk memasak ni dalam 15minit, kalau tak nanti lari plak jadual kan. Emmm rasanya bleh try masuk masterchef nest year ni hahahhaha…Yang penting air tangan ibu tu sendiri kan, selalunya daku bekalkan roti je, tp kalau hari2 roti pon diorang memangla jemu sesangat kan. Setakat ni angin rajin masih kuat bertiup dalam badan ni, kalau datang angin kus2 nanti tak taula, tp janganlah angin tu datang hehehhe….
Oh ye, tentang nama buah di entry sebelum ni kan, daku panggil tu buah tampoi, kalau buah sentul tu kulit dia kuning dan isinya lembut, buah tampoi ni isinya manis dan pejal sikit, heheheh TQ kawan2 sebab meneka ye, ada juga yang memberi jawapan yang betul tu, hyazz, zaikulim, zuraidarahim, bui, kak ieda tahniah!! tapi takde hadiah la hehehe….
akak pun camtu gak kengkdg. kalo hari rajin memang sediakan bfast utk anak2, tapi kalo hari malas, akak just bekalkan air kotak n roti jagung jelah. tapi siratu mmg hari2 bwk bekal air dari rumah, selalunya air sarsi
wah..ibu rajin ye 2 arini..bagus2…fieda jarang masakkan bekal untuk 2 org anak jantan ni..dorang bukannya nak bwk bekal gi sekolah..biasa la anak lelaki aju…kalau pompuan sng cite…apa2 pun sdp jer nmpk kue teow tu…tgh lapor ni…
Anak kakak pun dari tadika lagi memang bawa bekal walau pun sehari biasa abang bagi RM4/-. Hari ini bawa jemput-jemput ikan bilis sama kakak pun bawa bekal jemput-jemput tu juga aju…
rajinnyer
sedap kue teow tu..
sarapan pagi memang penting..terutamanye utk anak2..supaya mrk dapat memberi lebih tumpuan di sekolah.. ^^
BUI TAK SEMPAT LANGSUNG NAK BUAT SARAPAN..HUHU..LAGIPUN DEKAT SEKOLAH ADA SEDIAKAN MAKANAN..*__*
hee tk buat bekal lagi tuk anak2..masing2 makan kt umah mak tok..heeee
insyaAllah bila dh masuk sekolah nak buat juga
tak buat lagi bekal.nnt dowg masuk sekolah mmg nak bekalkan lagi sedapkan dowh=g mkn=)
alya susah nak makan pagi. tapi kadang2 bila paksa ataupun mmg berkeingin dia makan la. kadang2 mkn sikit je. kadang2 banyak.
alangkah indahnye kalau yana diberikan semangat mcm kak aju. bangun pagi2 buatkan sarapan.. hehehe.. tak ngntuk ke kak aju?? bertuah dieorang ada mak mcm kak aju yg sanggup berkorban masa tdo.. sdap btul nampak kuey tiow tu.
errr xde anak lg..tp pagi2 masak utk bekal sndiri 🙂
ai pun lepas subuh dah berliat kat dapur kena buat bento kat si adam…hari2 buat kecuali air youchien kasi free ngeee
rajin bebenor la masak pagi2…pukul bape la tido kul 5 dah bangun….huhu..
tunggu adam skolah dulu la baru start buat bekpes ni…byk masa lagi ni..hehe…
baguslah aju…bekalkan anak2 makanan. sedap plak nmpak kuetiaw tu…
bagus2.. keep it up.. memang elok biasakan anak2 bawa bekal..
kakyong belum lagi, sbb anak2 sek tadika. ade sediakan makan disek, tp pagi2 selalu singgah rumah opahnya, makan nasi lemak @ kuih.. hehe..
Nampak sedap kuetiaw tu ☺☺
Klo sempat, ada lah buat masak yg simple2, klo tak…nugget/hot dog goreng jer. Si iman tak nak bawak bekal gi skolah, itu pon paksa gak…haihhhhh…