Bila jerawat dan ulser datang serentak | Ouchh!!!

 Gambar ehsan dari google
Saje taknak tepek gambar sendiri hehehehhe….Sakit…tang jerawat tu elok tumbuhnya di dahi betul2 atas kening. Satu lagi di dagu betul2 di tepi bibir belah kanan, hehehe detail betul direction dia tu kih kih kih….Orang kata tepi bibir ni jerawat pemanis tapi bagiku jerawat tiada yang manis melainkan sakit bila nak cuci muka tu hehehe…Nak kata ‘kawan baik’ nak datang tak jugak sebab ikutkan jadual lagi 10 hari huhuu…mungkin pemakanan lah ni, main hentam je makan makanan berminyak dan sebagainya tu…So kat muka dua butir jerawat besar, so sekarang ni cover tepek bedak tebal2 kat situ…Anak2 tegur dan nak pegang jerawat ni, terus ibu dia kata JANGAN!!!! Pandai kan, bebudak kecik pun rasa pelik tetiba tengok muka kita ada jerawat ni…So daku google tadi punca2 jerawat ni..Antaranya ialah….
Punca jerawat
  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Tang ulser tu pulak, ada seketul tepi gusi ni. Mungkin sebab kurang minum air lah ni. So hari ini target kene banyakkan minum air masak, jangan minum air manis pulak nanti penyakit lain pulak mai hehehhe…. Daku pernah kene ulser mulut sebelum ini. So kalau nak tahu punca ulser mulut boleh refer di sini. Ingatkan bila dah kene ulser mulut ni daku tak lalu makan, tetapi sebaliknya hahahha..Jangan ingat senang nak skip nasi okeh hahahhaha…..So arini mulut kene katup mulut sebab ulser ni bergesel dengan kulit pipi ni kalau bercakap. So Sssshhhhhhhh!!!!!!!!!!

18 thoughts on “Bila jerawat dan ulser datang serentak | Ouchh!!!”

  1. paling tak best kalo ada ulser kat lidah.
    jerawat, kalo akak ni memang akan ada setiap kali nak dtg bendera merah. bosannnn

  2. Betul aju mana ada manis jerawat sakit adalah kan… hormon masih aktif itu yg pasti. Macam kakak dah jarang ada jerawat…

    Ulser paling sakit masa bagun pagi aduh…sakitnya aju. Kakak guna bonjela cepat sikit sembuhnya aju..

  3. haha..adam pun suka gak nak kopek2 jerawat mama dia ni…adoi..

    jerawat aanie dah x teruk..kadang2 je…tp skrg byk blackhead n whitehead la pulok…huhu….

  4. aduh aju.. sakit tu kalau tumbuh jerawat.

    ulser izan baru je baik. susah nak kunyah makanan utk beberapa hari… itulah kan… bila nikmat kecil ditarik buat seketika.

  5. ☆*♥L@dy @yU♥*☆

    if jerawat tue cuba tumbuk bawang putih then letak kat jewarat tue…jgn picit ekkk nnt dia akan kecut sendiri…pedih sket but cepat hilang la

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: