Kakak tu tolong letakkan
Hari Ahad yang lepas, kami ke Rawang sebab abah duk survey spot rim ketenya itu. Nak tunggu orang lelaki memilih memanglah berjanggut sampai ke lutut kan. So daku ajak anak2 pusing sekitar shoplot kat situ. Kebetulan kat situ ada pulak kedai eskrem Tutty Fruity ni. Anak2 memang tak pernah makan eskrem ni, terus merengek2 nak cuba..Terus Cik Senah naik panik hahahha, alamak habislah anak2 ajak masuk kedai ni, berapa pulak caj dia ni karang? Sentap giler hahahhaha

Takpela kebetulan ibu dah gaji, sesekali takpelah kan…Hahahha padahal Cik Senah nak mengelakkan berlakunya kejadian hentakan kaki dan pekikan bingit anak2 ni hehehhe..Nak tak nak, masuk jugalah dalam kedai ni…Masuk2 je kami je yang ada dalam kedai ni. Cik Senah mengaku awal2 depan adik tu, akak tak pandai nak isi mende ni, tolong ajar akak boleh? Dia terus capai cup dan berikan pada anak2…Tanya anak2 nak eskrem flavour apa..Diorg pilih coklat, vanilla, honey dew dan raspberry…

Then anak2 pilih letak chocolate rice, laici sahaja, kacang2 dan buah2 diorang memang taknak..SYUKUR hahahhaha….so timbang time!!!! syukur sorang kene RM9.20 ke RM9.50 satu cup..owhhh senang hati Cik Senah hehehehhe…Pastu kami duduk di meja sambil Adam meminta2 eskrem kakaknya. Syukurla diorang boleh berkongsi dan memang daku dah ajar Najwa dan Najiha suap adik2 kalau diorang duk mengecek.
Nyumm bukan main nganga lagi tu hehehe
Tengoklah gelagat Adam, time ni dia batuk so daku sekat2 juga makan eskrem tu, tapi nak rasa biarlah…Geram sangat tengok cara dia sudukan eskrem tu ke mulut. Dah besar anak2 ibu kan hehehhe…Puas hati dapat tunggu abah sambil makan eskrem dalm kedai air cond lagik hehehehe….

Sedaplah tu Najwa tu
Anak2 kata sedap sangat rasanya, hmm puas hati ye ibu dah blanje kamu, jadi kamu kene dengar cakap ibu tau hehehhe…balik umah kene baca buku, ngaji dan jangan malas gosok gigi hehehhe…Pas abis makan eskrem ni ngam2 abah pun siap ngan aktiviti nya…terus kami pulang ke rumah pulak…
Nak sikit kak ngah
Salam.. he he dah terlepas dendam tuti fruti ya.. lepas ni kalau nak lagi, tunggu ibu dah gaji ya .. pandai anak-anak ibu..
ibu.. blanjer aunty gak.. heheh aju ida pun tak penah pegi lg TF ni.. nak singgah asik tak terpegi je.. hihisedap tgk bebudak makan kan selera je..
Emmm cedapnya hehehe
jauh mkn tuti fruiti..kt prima sri gombak pn ada 🙂
sedapnyer…teringin lak
Anak-anak memang sukalah Aju. Tapi kakak tak berapalah sangat…
jelez nyer tgk sbb x pernah try mkn lagik uols…nangesss….
hamboiiii nak selera si adik makan tue…eskrem budak mana x suka ekkk
dapat gak merasa kan aju..hehe..sesekali boleh la..
bersungguh si adam makan eskem hehe… eskem ni eskem sihat.. mkn byk2 pun takpe..tp izan pun baru sekali je mkn ehehe
hahaha.. kak aju… tutti frutti ni best beno ker?? yana pun tak pernah cube lg kak..teringin nak cube tp takut cube sekali nak berkali kali kang.. hehehe
kekeke…..sungguh2 adam suap eskrem tu ye…..
aanie pun x penah try lagi….takut fengsan masa nak bayar…haha…
anak-anak ema pun masih minta nak pergi ke sana lagi…
heee samala kita bawa sarah n ashraf mengadap tutti frutti ni ritu
kena bali satu untuk adik tu..hehehe
Amboi adam, bersungguh2 makan TF. Klo tak nak yg masam, better amik yg coklat…sedap ☺☺
sedapnya adam makan TF tu…sungguh2 dia menyuap…
izan blm pernah try lagi TF ni wpun dah buka kat BP ni…