RUAM lampin merupakan masalah kulit yang paling kerap dialami oleh kebanyakan anak kecil khususnya bayi. Walaupun ia bukanlah penyakit berbahaya, namun terdapat sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius sekiranya tidak diatasi dengan betul.
Ruam lampin lazimnya berlaku di sekitar bahagian yang ditutupi seperti punggung, kelangkang, paha dan kemaluan. Kulit di sekitar bahagian-bahagian tersebut akan berbintik-bintik kemerahan dan merengsakan bayi.
Masalah ruam lampin biasanya terjadi apabila jangkitan bakteria dan kulat ataupun disebabkan alahan kulit.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku ruam di kalangan bayi. Antaranya apabila kulit bayi menyentuh air kencing yang disebabkan oleh pemakaian lampin dalam tempoh yang terlalu lama.
Ammonia yang dihasilkan air kencing akan mengganggu lapisan perlindungan kulit bayi dan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan.
Selain air kencing , najis bayi terutama yang cair juga penyebab kepada keadaan menjadi ruam.
Najis sebenarnya amat merbahaya kepada kulit bayi kerana ia terhasil daripada makanan bayi dan juga ubat-ubat tertentu yang diberikan kepada mereka.
Punca lain ialah bahan kimia yang terdapat dalam sabun mandian bayi. Bagaimanapun terdapat juga jenis lampin pakai buang yang menyebabkan alergi pada kulit bayi yang sensitif.
Ruam lampin boleh sembuh dengan sendiri jika kita sebagai ibu mengamalkan penjagaan kulit bayi dengan betul.
Betul tue…Kalau cik rose anak dah buang air besar..cepat2 tukar…hihihi
ohh.. teringat masa my 1st son kene ruam.. susah betul nak hilang… budak dlm pantang, sgtlaa renyah nak jaga kan..ruam lampin, ruam susu..etc..
eh..lupe..salam perkenalan:)
mmg payah kalau kena ruam lampin..teringat masa bdk2 ni kecik dulu..pedih sgt…