
Alamak! 7 Hari Lagi
Okeh hari ini daku nak kongsikan Sinopsis Alamak! 7 Hari Lagi, macam biasa slot Cerekarama di TV3 lah ye. Kalau tengok ia dijayakan oleh pelakon2 seperti Izara Aishah, Sara Ali dan Kamal Adli.
Sinopsis Alamak! 7 Hari Lagi
Drama ini mengisahkan tentang konflik yang berlaku pada pasangan Harris dan Diana ketika merancang perkahwinan mereka. Diana lebih serius dan bersungguh-sungguh manakala Harris seperti acuh tidak acuh memberikan kerjasama untuk perkahwinan mereka.
Sebagai sahabat rapat, Andi menasihati Harris supaya menghargai kesungguhan Diana. Suatu hari, Diana memperkenalkan perancang perkahwinan mereka iaitu Huda kepada Harris. Harris terkejut kerana sebelum ini dia dengan Huda bergaduh sepanjang dua pertemuan mereka.
Diana menerima panggilan dari Andi yang memberitahunya bahawa dia dan Diana harus ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan pelabur. Diana mengarahkan Harris untuk bekerjasama dengan Huda untuk memastikan perancangan majlis mereka berjalan lancar.
Apakah yang berlaku seterusnya?
Leave a Reply