Alhamdulillah ada rezeki dapat jam baru

Rambang Mata Dibuatnya
Peristiwa kehilangan jam pada 27/2/2012, masih segar diingatan. yelah benda kesayangan hilang, susah nak memujuk hati supaya terima hakikatnya. Terasa susah nak bekerja tanpa jam di tangan. Nak tengok waktu dan tarikh….dah terbiasa bertahun macam tu kan..takpe takde rezeki nak buat macamana kan…so hubby kata, jomlah cari jam baru…hubby temankan gi Pertama Complex tu…Tapi bukan dia yang bayarkan hahhahaha….
Inilah jam lamaku
So dalam hati yang sedih sebab jam hilang tu, tiba2 terus jadi excited pulak hahahha..lupe terus tentang jam lama tu, wahhh cepat betul Cik Senah berubah emosi ye…Bila sampai di kedai tu, tengok semua jam2 tu cantik2 belaka, rege pun boleh tahan…..Dalam duk belek2 tu, ternampak rupa paras jam lama dolu2…huhuhuhuhu..Hati kata, relax2 jangan emosi kat situ okeh ngeee
Santek betul semuanya
So selepas belek2 semua tu, sambil anak2 merengek manja, memanjat kerusi sana sini, sebelum ibu dia bertukar emosi sentimental kepada emosi amarah baik daku terus buat keputusan kan hahhaha…lepas tawar menawar harga, dapatlah diskaun skit..takpe masih berbaloi….
Alhamdulillah ada rezeki 
Taraaaa…syukur dah dapat jam baru, selepas dapat jam terus gi makan kat The Manhattan, SOGO, KL…wah berjimba2 sungguh kan hehehe…Ada hikmah disebalik semua ni kan, Cik Senah kene banyak muhasabah diri tau….Tutup buku lama, bukak lembaran baru…
Demi masa
BACA  Cara redeem Bonuslink point, dapat toiletries bag PERCUMA

17 thoughts on “Alhamdulillah ada rezeki dapat jam baru”

  1. Bukan bibir je senyum dapat jam baru, tangan yg memakai pun senyum sama dapat barang baru, masih kilat lagi…

  2. seronoknya dapat jam baru… simpan elok2 ye…. eh, kena pakai di tangan kan, kalau disimpan maknanya tak digunalah ye… he he hehh

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: