Nur Laman Bestari Eco Resort
Hari ni hari Sabtu, sepatutnya waktu ini sedang melepak dan bermalas-malasan dengan budak2 ni, tapi hari ini pulak ada aktiviti ‘team building’ ni. Satu hari je tau. Owh penatnya nanti.
Hubby pulak akan pulang dari Perak hari ni. Anak2 pulak ku tinggalkan bersama2 kakakku a.k.a makngah diorang ni. Pengasuh a.k.a mak mereka ni ada kenduri kahwin pulak. Syukurlah makngah sudi nak menjaga anak2 ku ini, TQ pakngah and makngah!!!
Aktiviti berakit best kan?
Daku memang suke sangat aktiviti outdoor macam ni, ada aktiviti berakit, explorace dan paintball tau hari ini. Dah lama tak main game macam ni. Last join aktiviti ni pada Jun, 2010 di Kem BTN, Kuala Lipis.
Okeh, Nur Laman Bestari Eco Resort ni terletak di Ulu Yam, Selangor. Sempat jugaklah daku google gambar2 sekitar resort ni. Memang menariklah aktiviti yang ada di sini.
Sejuk mata memandang
Memang recommended untuk sesiapa yang ingin mengadakan aktiviti outdoor untuk kem2 ibadah, cuti sekolah, korporat dan sebagainya. Tapi almaklumlah bila dah jadi mak budak ni semua otot2 dah kendur kakakkaka…tengoklah macamana perjalanan aktiviti hari ini nanti. So untuk itu, selamat berhujung minggu semua!!!
seronoknyer…kali terakhir join mende cam ni masa tingkatan 5…
tahu berenang tak? hihihi
selalu g kat sini piknik ngan famili patut le semalam nampak sibut sgt kat situ ghupanye ada org wat kursus .. ada yg bersampan le kat situ ari minggu tu..