Rabun tapi taknak pakai spek, Apakah?

Spek hubby ku, ginilah gayanya kot kalau ber”spek”

Daku akui semakin umur meningkat ni, tapi bukan tua ye hahahhaha…semakin hari penglihatan pon turut terjejas, cheh cheh terjejas, ke rabun? hiks hiks…dah lama pon sedar rabun ni, since last year, umur masuk 30an kan memanglah gitu. Tapi malas nak buat spek sebab kan macam leceh nak bukak dan pakai kan, takut tertinggal ke, patah dipijak anak2 ke, pastu pakai tudung awning nanti awning kembang, ehhh???? Apa kes ni? hehehehhe

Daku nak pakai lens, tapi rasa macam sakit pulak nak masukkan dalam mata tu, pastu pandai pulak lens tu menetapkan kedudukannya di tempat asal setiap masa ye, hehehhee….tapi terbayang jugak kalau pakai lens yang kaler2 tu mesti cantik kan? pilih plak kaler PINK!!! Wow!!! hahahha..Berangan….Last year check mata, powernya dalam 75 macam tu.
Tapi kali ni rasa dah tahap maksimum rabunnya, sebab dalam jarak 7-10 meter tu dah tak nampak mana mata dan hidung subjek depan mata ni hehehhe….Hubby pakai spek start dari tahun lepas, kali ini kali ke 3 dia buat spek, yang pertama tu jatuh kat jalan waktu dia berlari2 anak di opisnya sebab hari hujan. Spek tu jatuh kat jalan dan dia pusing nak amik, elok je kete lalu dan langgar spek tu. HANCUR BERDERAI duitnya RM600 hahahha….Pengajarannya pastu en hubby saya ni buat spek dalam RM300-RM400 je kekekekkeke…..
See See See semakin menakutkan daku nak buat spek kan…takpelah sekrang ni cuba untuk tidak memaksa mata nak tengok benda yang jauh2 tu, nanti kalau tak senyum kat sesorang tu, diorang kata daku sombong, kang senyum salah orang pulak hahaha..Apapun nanti dipikir2kan, kalau ikut kata hubby takyah buat lagi, yelah I Follow jela huhuhuu….

BACA  Kad ATM tersekat, ganti kad baru, kene caj RM12

17 thoughts on “Rabun tapi taknak pakai spek, Apakah?”

  1. Assalamualaikum Aju,

    Akak pun pakai spek semenjak sekolah menengah lagi. Anak-anak semua berspek, tapi mereka ni pakai spek masa di rumah jer, bila keluar masa belajar atau kerja semua pakai lens.

    Guna lens ni lagi mahal dari guna spekkan.

  2. aku buat comen mata average 200++ je. tak lebih 300. dulu, tetiap tahun ada la dlm 2-3 kali buat cermin mata. stended ada anak kecik.. patah la, terkangkang la, berderai la…

  3. Orang kata kalau nak mata terang, tiap-tiap hari kena pandang pohon2an menghijau…kata oranglah tapi kita pun apa kurangnya, pakai sopek jugak ha ha hahhh

  4. aju itula keadaan emy… dulu memang tak mau pakai..tapi bila dh cecah 100 – 200 powernye terus surrender.. masa bawak kereta lagi surrender tak nmpak tulisan kt signboard..no plat kete pun tk nmpak

  5. pakai je nok, boleh geng ngan aku…hehe..

    aku pakai lens cuma kalau nak jenjalan, annual dinner atau travel je, kalau setakat nak gi ofis, pakai spek je…

  6. ☆*♥L@dy @yU♥*☆

    bukan uols jer mcm ni ramai gak kawan ai yg jenis penakut nak pakai spek
    la ramai yg rabun kot sebab asyik mengadap pc jer….but better pakai if not mata cepat rosak la

  7. (Lizz) http://www.mummycute.com/

    spek hubby tu pun lawa gak trend skang pakai spek bingkai cenggitu…pakai jer spek ….lawa aper aju pakai spek

  8. lately sy pun rasa macam benda kembang bila tgok dr jauh.pastu ada silau2,rasanya kena pakai speck gak kot tp malas check sbb taknak pakai spek.haha

    sama jer kita cuma sy still bley nmpk org dr jauh tp nak baca tulisan tu ada silau2 sikit.hiks..

  9. fieda wat masa ni alhamdulillah ok lagi pandangan tp risau gak akan dtg ni..dah la skrg ni mata byk tumpu depan laptop..

  10. kalau tak pakai power akan lebih cpt meningkat. Akak pakai spek harga max 400 je. Dulu sblm kawen bolehlah guna yg 600 ke atas.

  11. dulukan saya pnh gak check power 75 camtulah..zaman budak2.. gedik lah nak buat spek jugak.. sekali sy xpakai pun sbb xcun bila pakai…hhahhaha.. alih2 bila check lg, power dah makin turun jd 25 je..hihii..

    pakai spek.. tiap2 tahun nak kne btambah power…

  12. betul kata kak yus tu. kalo tak pakai spec, power lagi cepat bertambah..fai google kat internet, bykkan makanan dari sumber vit A mcm carrot. bgus untk mata. tapi carrot ni tak blh amik byk sgt, nnti blh jadi toksik dlm bdn… ataupn amik jer suplemen beta carothene (PRO-VIT a) 😉

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: