Berikut adalah faktor permohonan BR1M anda ditolak. Menurut menteri kewangan, jenis kenderaan merupakan salah satu faktor permohonan BR1M ditolak. Banyak permohonan telah ditolak kerana pemohon memiliki kenderaan yang melebihi kapasiti enjin yang ditetapkan
1) Mereka yang memiliki kereta Proton atau Perodua (yang didaftarkan antara 2007 dan 2011) lebih daripada 1,600 cc dan kereta jenama lain (yang berdaftar dari 2007 hingga 2011) dengan kapasiti enjin lebih 1,500cc tidak layak untuk mendapat bantuan.
2) Pemohon yang memiliki motosikal (yang dibuat dari 2007 hingga 2011) kapasiti enjin lebih daripada 500cc atau bersamaan juga ditolak.
3) Pengulangan nama dalam borang permohonan yang berbeza. Sebanyak 15.65 peratus atau 153,764 permohonan telah ditolak kerana nama mereka telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.
4) Permohonan yang ditolak itu mendakwa diri sebagai ibu tunggal, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka apabila memohon untuk dana.
5) Pemohon lain mereka telah berkahwin tetapi tidak meletakkan nama pasangan mereka.
Oh camtu ke…huhuhu
ooo…byk jugak dengar rungutan dr org yang tak dapat