Satu lagi slot Akasia yang bakal ditayangkan di Tv3 pada 27 Mac 2012 menemui peminat drama, Cinta Buat Emelda, selepas tamat drama Atas Nama Cinta.
Antara pelakon yang menjayakan drama ni ialah Aida Khalida, Mustafa Kamal, Rebecca Nur Islam, adik Mia Sara, Amran Ismail, Diana Amir, Rykal Iskandar, Erry Putra (sbg Maliki)dan ramai lagi.
Sinopsis
Kalau berdasarkan novel, kisah ni tentang adik beradik nama Emelda dan Emira(lakonan Almy Nadia), pasangan kembar, kakaknya Emira ni dah meninggal. Dalam drama nanti tak tau la Nuriz sama ada hampir sama jalan cerita dengan novel atau pun tak.
Ok sinopsis lebih kurang gini la, Emelda terpaksa berkorban demi kakak kembarnya yang dah meninggal akibar barah hati. Emira telah meninggalkan seorang anak nama Dania (dilakonkan oleh adik Mia Sara Nasuha) .
Rupanya Emira ni dulu telah mengandung atas perbuatan seorang lelaki, nama Aril Fatah. Lelaki tu kemudian datang untuk menebus segala kesalahan dan dosa dia yg lampau dan mahu bertanggungjawab terhadap Emira dan anaknya.
Dia mahu berkahwin dengan Emira tetapi dia tak tahu yang Emira dah meninggal dunia. Emelda menyamar jadi kakaknya demi anak kakaknya tu.
Sampai bilakah Emelda akan terus menyembunyikan rahsia itu, dan apa reaksi Aril Fatah kalau dia tahu siapa Emelda yang sebenarnya, bukan wanita yang dicintainya selama ini.
Dalam novel Maliki ialah lelaki yang menaruh hati kepada Emelda, adakah Maliki akan berusaha juga untuk merampas Emelda dari Aril Fatah?
Emelda terpksa berkahwin dgn Aril bukan sebab cinta pada lelaki itu, bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta?
macam menarik je drama nih..kene follow nih..:)
blh la layan nanti..
memang musim ka skg ni…drama skg semua diadaptasi dr novel kan…
mcm best je ni…drama dri novel mmg best kan..?
byk drama best2 skrng ni ekkk
macam2 cerita kat tv skg. byk jgk yg adaptasi kan?
sekarang byk drama drpd novel kan.. tak kisah la asalkan best! hehe 😉
citer terbaru.. wow !!!
boleh la nonton nanti…hehe
cerita baru ni pun sinopsis dia best jugak kan 🙂