Info ini dari www.jamaluddin.net. Kelebihan Memiliki Hosting dan Domain Sendiri. Diantara kelebihannya ialah :-
1) URL pendek, senang ingat dan mudah ditaip
Jika korang hendak memilih nama domain sendiri, pilihlah yang pendek supaya ia memudahkan pembaca dan pelawat blog kita mengingatinya. Contohnya macam blog nie Jamal gunakan nama sendiri sebagai identiti iaitu jamaluddin.net. Ringkas dan pendek je kan.
Jadi ianya tidaklah menyusahkan pembaca dan pelawat seperti untuk menaip jamaluddin.blogspot.com. Kan panjang URL lama tue.
2)Mesra SEO
Dalam entry yang lepas Jamal dah bagi tips untuk meningkatkan traffic dengan SEO nie. SEO ialah Search Engine Optimization. Ianya ialah search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan yang lain-lain.
Search engine nie akan dapat scan/crawl blog yang pendek dan ringkas dahulu seperti yang pakai domain sendiri nie. Kerana jika korang gunakan subdomain, banyak halangan nye bagi Search Engine tersebut untuk mencari blog anda.
Bayangkan lah blog korang menggunakan subdomain blogspot.com. Berjuta orang guna blogspot.com. Jadi, blog anda dimana?, keberapa?, Lagi la kalau blog-blog baru tue, pasti susah untuk tawan traffic dengan teknik SEO nie.
3)Blog korang kepunyaan korang 100%
Ini khas untuk mereka yang pakai domain dan hosting sendiri la. Korang tak perlu risau sape-sape nak delete or sabotage blog korang sebab korang mamakai hosting sendiri kan. Korang nak buat apa-apa kat blog korang pun semua boleh. Tak payah risau google akan blocked or banned blog/account korang. Memang best kalau dapat camnie kan. Untuk tahu Perbezaan Hosting dan Domain, korang boleh baca kat sini ye.
4)Loading Page Laju
Kebiasaannya Loading Page blog yang menggunakan hosting sendiri akan lebih laju berbanding dengan mereka yang menggunakan hosting percuma seperti blogspot. Kalau korang tak percaya, cuba la bandingkan blog yang guna hosting sendiri dengan yang menggunakan subdomain blogspot.com. Tapi blog Jamal nie bukan guna hosting sendiri tau, hosting still guna blogspot.com. Cuma Jamal pakai domain sendiri je sebab dalam proses belajar lagi nie untuk bertukar ke hosting sendiri.
Tetapi perlu diingat bahawa Loading Page juga berkaitan dengan content dan widget di blog korang. Sekiranya korang letak content dan widget banyak, loading blog korang pastinya akan sedikit lambat. Bila loading page lambat, korang pasti akan kehilangan ramai visitors.
5) Impression pembaca
Menggunakan hosting dan domain sendiri membuatkan blog korang nampak “mahal”. Kalau korang jual barang dari web berdomain sendiri, pengunjung akan nampak yang korang ni serius berniaga. Dan kalau blog korang berhosting dan berdomain sendiri, pastinya impression pengunjung terhadap blog korang akan jadi tinggi kerana menunjukkan sedikit professional. Impression pembaca itu sangat penting untuk menarik mereka datang lagi dan turut sama mempromosikan blog kita kepada orang lain.
6) Advertiser lebih berminat untuk mengiklankan produk/servis mereka di web yang berdomain dan hosting sendiri.
7) Boleh jual balik nama domain yang korang beli tue sekiranya korang tidak berminat untuk berblogging lagi. Bisnes jual beli domain nie pun boleh buat duit kalau korang rajin belajar.
Jadi ada apa2 yang pelik yang yang korang discover dengan domain baru daku ni? kalau ada yang tak kena di skrin sila bgtau ye…Sedang dalam proses mengumpul semula blog dalam bloglist ni, daku tak reti back up hehehehhe….
Testing
Memang bagus tapi kakak belum terfikir lagilah aju…
wahh…akhirnya..tahniah aju…rasanya ok jer skrin ni mcm biasa..
congrats dah ada domain sendiri ai pow inshaAllah coming soon tgh dok plan nak pakai yg mana oke
mantooooppppppp!!!!
wah,bestlah dah domain sendiri
wah cayala aju.. semakin maju ke depan…
wah, dah maju setapak….
tahniah aju….mantopp…
bgusnye kak.. blehlah ajar yana lepas ni.. teringin jugak nak pakai domain sendiri tp takut tak tahu nak bermain dengan ayat ayat teknikal nih.. yana bukan paham sgt benda benda gini.. die punye setting semua cmne? still under blogspot atau cara kite sendiri ek?
Teringin gak nak ada hosting domain sendiri sis..
Tp mcm x berkeyakinan lg..
Hik3!!!
congrats aju!
melangkah setapak lagi dlm blogging…
mmg bagus pun sebelum terlambat sbb makin lama makin byk follower kan…
sya pun tgh berkira-kira ni…hihi
betul tu nama domain sendiri lebih pendek dan mudah org ingat 🙂
wah.. tahniah kak ju.. dah makin maju 😉
Bestnya dah ada domain sendiri
Bestnya dah ada domain sendiri