Umum 8P | Tips Kebahagiaan Alam Rumahtangga April 22, 2012

Spread the love

Hari ini saya nak share tips kebahagiaan yang sangat mudah untuk diamalkan. Jangan lupa jadikan ianya habit dan semoga istiqamah.

 

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.


Spread the love

Tags : ,

7 Comments

  • wan nurul hezrina posted on April 22, 2012 at 5:52 am

    Bukan p utk peril n pergaduhan.
    .hikhik..tq aju Kongsi.bleh nurul take note n baiki aper yang Kuantan.semoga harmoni umah tangga

    Reply
  • mamaNoriz posted on April 22, 2012 at 9:20 am

    meh kita sama amalkan ni, sgt bagus dan senang ingat kan…

    Reply
  • fieda posted on April 22, 2012 at 9:21 am

    sungguh bermakna P itu..

    Reply
  • ainnoraini posted on April 22, 2012 at 11:15 am

    Tq aju…boleh la dijdkan panduankan..memperbaiki mana yg kurang..

    Reply
  • [sutera kasih] posted on April 22, 2012 at 11:54 am

    tips akan dtg kalau nk mendirikan rmh tgga nnti heeee 🙂

    Reply
  • Anis posted on April 23, 2012 at 4:27 am

    Salam perkenalan, Aju suka sgt tengok blog ni sangat santikkks dan penuh dengan info. Jemput datang ke blog saya ye

    http://anisvitashop.blogspot.com/2012/04/7-kalimat-dipandang-mulia-di-sisi-allah.html

    Reply
  • ariana posted on April 25, 2012 at 3:21 am

    8 p..ehmm..kalau lah dpt amalkan semua ye..t.ksh Aju..konsikan info menarik ni..:)

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge