
Putih itu suci
Alhamdulillah tertunai sudah hasrat hati Najiha ingin berbasikal baru. Bukan tak mahu menunaikannya sejak dulu, tapi mengingatkan faktor keselamatan anak2 ni, biarlah Najiha besar sikit dan dah pandai nak jaga diri sendiri dulu kan. Lagi satu tak tahan telinga ni asyik mendengar perebutan basikal Najwa nan satu tu je kan, so that’s why yang abah dah bagi green light kat Najiha. Tapi dengan syarat kene belajar pandai2 tau. Suke tengok basikal ini, putih itu bersih dan suci kekekke. Harga asalnya ialah RM288, pas diskaun dapatlah RM240. Ini ibu yang nego tau, susah betul apek tu nak bagi diskaun memula tu. Tapi ngayatlah sikit kan…Kata nak murah ;).

Cat bike
Seronok bukan mainlah si Najiha. Manakala Najwa berendam air mata tak dapat basikal baru. Padahal rasa itu dah lama Najiha rasa dulu masa memula Najwa dapat beskal baru tau kekeke, pepandai je ibu dia meng’interprestasikan’ rasa Najwa tu. Tapi bila dah dipujuk dan dibawa berbincang kekdahnya, Najwa dapat menerima kenyataan yang kali ini giliran adiknya pula kan…Adam? Dia kool je bebeh!!! Janji basikal Najiha yang lama tu dapat kat Adam itu sudah cukup buat anak bujangku itu hehehhe…Baiknya Adam..Lagipun dia tak ngerti apa2 lagi kan. Bolehlah tak meragam dia tu…

Seronok kekdahnya
Posing sakan ye dengan basikal baru dia tu. Ibu dan abah usah katalah, dah lenjan pon beskal baru Najiha ni kekekek, sib bek tak patah tayar kecik dia tu hehehe, teringin tengok bebudak seronok berbasikal, tu yang naik jugak tu. Semalam kitaorg bawak anak2 ke Tasik Putrajaya, abah rajin jogging kat sini. View dia pon cantik sangat. Udara segar, pemandangan cantik, banyak pokok2, ikan2…Bak kata orang, sejum mata memandanglah..

Hehhehe nak tumpang
Tengoklah ibu dia tu kan, pon sakan posing jugak, gedik betul kekekkee…Kitaorang gerak dari rumah seawal jam 6:30pagi, sebab kalau sampai lewat nanti matahari dah tegak atas kepala. Nanti dah panas tak best nk mengayuh kan..Seronok tau, dah lama tak dapat menikmati keindahan alam ini. Sejuk dan segar badan bangun pepagi macam ni. Ramai jugak yang beriadah kat sini. Ikan pon banyak, abah kata nk bawak tangguk minggu depan, kekekeke nanti tak pasal2 kita pulak kene tangguk bah hehehehe….

Sejuk mata memandang

Tengok view dia cantik kan..siap ada bayang2 lagi..Tengok pemandangan ni memang mendamaikan..Sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan fikiran, Hhehehhe macam berserabut jek kan keh keh keh…Untung sapa yang duduk area Putrajaya ni lah…Kalau hubby memang tiap2 pagilah dia jogging kekdahnya.
Cantik cat bike Najiha tu. Gambar pemandangan itu pun cantik juga. 🙂
selalu gegurl sure ambil pink color kali ni lain plak ekk….cantek basikal najiha tue
salam Aju..happy najiha dpt beskal baru ya.Budak2 biasa la klu betul pujukan kita..cool la dia.hihi
cantiknya beskal baru najiha… putih suci gitu kan!
Cantik basikal najihah ☺☺
nak tumpang leh? heheheheheh kat bakul pun takpa
suka dia dpt basikal baru yg cantik tu.Pemandangan kat situ pun menarik mmg selesa berbasikal kan.
boleh auntie pinjam nie….ajue dah boleh transfer blogspot ke wp ker?
wah..seronoknyer dia..
dah lama tak pegi putrajaya…seronoknya si kecik tue main basikal…
cantik basikalnya…
dah lama banget iols tak ke putrajaya – jalan2 makan angin…
perghhh, test drive beskal baru sampai ke putrajaya ek….
nanti dah terer, blh la bukak tayar kecik 2 bijik tu…hehe….
Cantik basikal najiha,lps nie kayuh basikal tu jgn laju2 sgt….
suami koi tak tau 'tangguk' tu mende..sbb kat johor deme pangge 'sauk'
dpt basikal baru yeee…
seronok la yee..unty nak naik boleh kerr???
Suka tengok najiha dan ibu dia posing dengan basikal baru.
cantik basikal najiha..kalau azwa tgk mesti nak juga…hehehe
memang cantiklah aju basikal Najiha tu, putih bersih….leh tahan juga harganya ekk…
Alia pun sibuk mintak basikal dengan kami, lom belikan lagi…
alamak..cun la beskal dia..berkenan lak…
lawa je basikl ni..br plan nk beli gak basikl kt alisha.. tp basikal 3 roda tu je la.. utk bdk2 yg xbrp pndai nk kayuh lg mcm si alisha ni..hihihii